Pernah baca artikel terdahulu tentang Sikap lelaki dulu dan sikap lelaki sekarang?
Apa kaitannya dengan tip ibu yang bekerja secara online di rumah iaitu WAHM (Work At Home Mom)?
Banyak kaitannya sebenarnya.
Tidak kira sikap lelaki dulu ataupun sekarang, kalau memang suami seorang yang rajin, memang memudahkan kerja isteri ataupun ibu yang bergelar WAHM.
Ringan tulang untuk sama-sama bantu yang mana sempat kan.
Sebenarnya artikel ini adalah untuk rujukan diri sendiri memandangkan tidak lama lagi, profesion akan bertukar. Daripada kerjaya makan gaji ke WAHM. Dalam proses mempersiapkan diri.
Hehehe.
Kalau suami yang jenis tidak ringan tulang, tidak perlu tertekan. Ada banyak kelebihan dari sisi yang lain. Cuma kita sebagai ibu kena pandai mengatur masa dengan teratur.
Seperti ibu dalam video ini.
Bagaimana ibu nak buat kerja dengan anak-anak dirumah?
Bagaimana untuk tangani anak-anak yang suka main gajet ibu?
Pantang saja ibu pegang laptop, sibuk nak main juga.
Pesanan yang ringkas dan mudah untuk diamalkan.
Wajib tengok untuk ibu bergelar WAHM ataupun juga untuk suami yang bekerja dari rumah.
5 Tips persediaan menjadi WAHM:
1. Senaraikan apa kerja yang perlu dilakukan samada untuk satu hari, satu minggu ataupun satu bulan.
Contohnya untuk sehari. Senaraikan apa yang perlu dilakukan dari bangun tidur hingga kan sampai masuk tidur.
Walaupun semuanya tidak akan dapat dibuat, tetapi sekurang-kurangnya akan lebih teratur dan lancar kan.
Untuk senarai menu makan dari pagi, tengahari dan malam perlu ditulis untuk seminggu sekurang-kurangnya. Bila waktu nak memasak, tidaklah ambil masa yang terlalu lama untuk memikir menu.
Sebenarnya, ini adalah masalah utama untuk ibu-ibu yang bukan WAHM sekalipun.
Nak masak apa hari nie?
Tanya suami, ikut awak la. Betul tak? Haha.
Tanya kawan-kawan, boleh membawa sembang hingga ke 2-3 jam kan!!
Lagi bahaya.
Lebih baik tulis menu siap-siap berdasarkan barang basah yang ada di rumah. Sekarang nie kan banyak blog tentang resipi ataupun makanan. Baik resipi Melayu ke Western ke Mediterranean ke semua ada kan.
Dengan adanya senarai dan jadual, akan lebih teratur dan konsisten untuk melakukan kerja.
Untuk lebih praktikal, senarai semua perkara yang perlu dilakukan ataupun senarai menu dalam kertas kemudian tampal di tempat sentiasa boleh dilihat.
Pasti banyak perkara dalam senarai boleh disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
2. Cari kumpulan ataupun forum ibu-ibu yang sudah bergelar WAHM.
Ini lebih kepada sokongan sesama sendiri. Mungkin bagi ibu yang baru bergelar WAHM akan teruja untuk menjaga semua keperluan anak-anak dan suami. Lama kelamaan pasti akan letih ataupun kurang semangat kerana lakukan perkara yang sama hampir setiap hari!
Kalau orang utara cakap, nanti mesti akan cemuih kan. Hehehe.
Boleh jadi keinginan untuk bekerja semula datang pula.
Ini kegunaan kumpulan sokongan untuk sama-sama membantu untuk menaikkan semangat ataupun bertukar-bertukar pendapat. Tidak la rasa seperti katak di bawah tempurung kan.
3. Bantuan dan sokongan suami
Paling penting adalah suami sentiasa ada untuk mendengar segala keluh resah seharian kita duduk di rumah.
Untuk suami pula, janganlah fikir yang isteri akan merungut ataupun mengeluh sahaja tentang kerja yang dilakukan dirumah.
Ia lebih kepada untuk sharing sahaja. Tadah kan telinga dan bahu untuk mendengar.
Kalau tak diluahkan, lama-kelamaan boleh mengubah sikap isteri daripada pendiam menjadi kaki bebel. Lagi sakit telinga kan! Hihi.
Ataupun isteri bukan lah mengada-ngada kalau kalau sakit badan ataupun lenguh sebenarnya. Lebih kepada untuk bermanja kan.
Seperti video di artikel tentang Mengada-ngada Ke Isteri Kalau Selalu Merungut Sakit Badan?
4. Elakkan terlalu lama online dalam medium sosial seperti facebook ke, tweeter ke, forum gossip ke ataupun nak bershoping online.
Bahaya.
Boleh menyebabkan kita terleka untuk melakukan kerja-kerja yang penting seperti yang kita senaraikan.
Untuk ibu yang melakukan kerja online, boleh menyebabkan pending kerja kita yang mana perlu disiapkan dalam tempoh sepatutnya.
Lama-kelamaan boleh menjejaskan kepercayaan pihak klien dan paling penting pendapatan kita.
5. Suplement untuk bantu anti-stress.
Cabaran ibu yang bekerja dirumah memang sangat hebat sebenarnya. Semua kerja perlu dilakukan baik menjaga anak, memasak, mengemas rumah hingga ke kerja online.
Kalau dulunya makan gaji, 8jam memang diperuntukkan di pejabat. Tetapi bukannya 8jam bekerja sepenuhnya kan. Ada waktu boleh bergosip, ada masa untuk mesyuarat tingkat la. Kadang-kadang masa betul-betul bekerja cuma 2-3jam sahaja.
Bila beralih ke dunia WAHM, boleh dikatanya ibu tidak sempat untuk bersandar pun dari pagi hingga ke petang!
Wah memang sibuk sangat ini.
Itu tak termasuk lagi anak-anak meragam kan.
Boleh jadi tekanan jiwa kan. Duk asyik dengar muzik melalak je kan. Bila keadaan sedemikian, boleh mengundang rasa marah ataupun tertekan bagi ibu.
So suplemen yang penting untuk membantu anti-tekanan adalah bcompleks. Iaitu vitamin kumpulan B yang membantu untuk kurang tekanan. Memang sangat-sangat membantu.
Secara teorinya memang mudah ditulis seperti di atas kan.
Praktikalnya?
Berjaya ataupun tidak bergantung pada diri kita sendiri. Walaupun ada 1000 tips sekalipun, kalau tidak diamalkan memang tidak menampakkan kesannya.
Paling penting perancangan.
Kalau tidak merancang betul-betul maksudnya kita akan merancang kegagalan.
Selamat mencuba.
dulu..suka kerja kat rumah.
tapi sekarang nih..lagi suka kejar budak kat sekolah. haha..
titan menulis…Benarkah 3000 orang telah huru-hara selepas membaca buku GEMBIRA ini?
Hahaha.
kerja kat rumah kena pandai uruskan masa. huhu
Sangat betul kak muliani.
Kalau tak pandai urus masa memang tak jadi kerja satu pun.
Ramai juga MAHM selain WAHM. Dan macam WAHM, sebab mereka di rumah, mereka juga buat kerja rumah dan sibuk layan anak huhu.
Kerja dari rumah seronok. Tapi juga kadang2 terasa sunyi dan perlu workmates
JomJalan menulis…Ingin Memandu Masuk ke Singapore? Ini Benda Anda Wajib Tahu
Memang ramai sangat dah yang jadi Wahm pun.
Sebab semua sekarang di hujung jari sahaja kerja.
Takperlu untuk masuk office ke meredah jem semua.