• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Wanita dan Keju Berkait Dengan Kurang Produktif: Fakta ataupun Sebaliknya?

12 April 2015 By azeni 34 Comments

Apa kaitan wanita dengan keju dan kurang produktif?

Adakah disebabkan wanita yang suka keju akan menyebabkan kurang produktif dalam kehidupan seharian.

Ini boleh mendatangkan marah pada pengemar keju terutamanya wanita kan.

Hehehe.

Wanita dan keju mempengaruhi produktiviti

Wanita dan Keju kaitan dengan produktif

Sebenarnya ia berkaitan dengan penceritaan yang dibawa oleh Dr Spencer Johnson dalam penulisan Who Moved My Cheese?

Bagaimana boleh kaitan dengan wanita pula?

Wanita itu seperti dalam video ini.

Pengemar keju ke?

Ataupun penulis Melayu untuk Who Moved My Cheese?

Hahaha.

Tidak perlu pening.

Cuma tengok video ini sahaja untuk kaitkan.

Dalam buku Who Moved My Cheese yang bertebal hanya 77 mukasurat telah dialih bahasa ke bahasa Melayu. Bagaimana Dr Spencer menggunakan keju sebagai metafora untuk memberikan motivasi dalam penulisan beliau.

Walaupun nipis, tetapi memberikan kesan kepada sesiapa yang membaca. Ia bukan sekadar untuk mereka yang berbusiness ataupun mereka yang dahayakan motivasi. Tetapi walaupun hanya bekerja makan gaji sahaja, ia boleh memberikan kesan dalam produktiviti kita seharian.

Dengan ada 4 watak yang berlainan untuk mengambarkan sikap dalam pencarian keju iaitu terdiri 2 watak antagonis manakala 2 watak yang penuh motivasi.

Dimana 2 watak sebagai manusia kecil iaitu Hem dan Haw.

Dilengkapkan dengan 2 watak tikus iaitu Sniff dan Scurry.

Sungguh mengujakan dan menyebabkan ia akan refleks kepada personaliti dan sikap kita sendiri.

Kita akan tahu sikap kita pada watak yang mana.

Dan pasti membuatkan kita terfikir-fikir apa yang kita telah lakukan dalam hidup.

Keju itu sebagai metafora yang dianggap sebagai impian kita.

Bagaimana untuk kita mengubah attitude kita dalam mengapai impian?

Tepuk dada tanyalah diri sendiri.

Antara petikan-petikan menarik dalam Who Moved My Cheese?:

1. Semakin penting keju itu pada kita, semakin kuat kemahuan kita memiliki

2. Apabila kita berhenti berasa takut, kita akan senang hati.

3. Semakin cepat kita melepaskan keju lama, semakin cepat juga kita menemukan keju baru

4. Beralih seiring dengan keju dan menikmatikan proses peralihan itu. 

Who moved my cheese alihan bahasa melayu

Buku alihan bahasa ‘Who Moved My Cheese”

Bagaimana kaitan wanita dalam video di atas?

Berkait rapat dengan impian kita untuk menjadi produktif dalam kehidupan seharian.

Kita akan menjadi penyibuk ataupun busy body dengan hal-hal orang lain, hal remeh temeh ataupun terlalu memikirkan masalah yang ada disekeliling.

Contoh paling mudah, masalah dengan GST la, minyak kereta asyik naik sahaja ataupun sibuk bergosip pasal anak-anak menteri kahwin!

Hahaha.

Bukan tidak boleh ambil tahu.

Cukup la sekadar sampingan ataupun picisan kecil info yang perlu tahu.

Tidak perlu berpanjangan hingga menjadi keyboard warrior.

Jangan membiarkan diri kita menjadi mangsa keadaan ekonomi sekarang walhal kita boleh keluar dari keadaan tersebut.

Pandang dari sisi yang baik dan positif.

Tidak perlu untuk membanding-banding hidup kita dengan hidup orang lain.

Penghujungnya tiada apa-apa yang kita perolehi manfaatnya.

Hanya sekadar mampu gigit jari sahaja.

 

Jom kita merancang impian apa yang ingin kita capai.

Dengan impian yang ada akan disusuli dengan perancangan yang teliti.

Perancangan yang dilakukan pasti akan membuatkan kita akan sentiasa untuk meningkatkan diri sendiri.

 

Semoga dapat mencapai impian kita semua!

Review: Serum CoolHijab
5 Tips Persediaan Menjadi WAHM

Related

Filed Under: Santai Tagged With: bagaimana untuk capai impian, cara capai impian, cara mudah capai impian, motivasi, who moved my cheese?

Comments

  1. NURUL AZIYANA BINTI KAMARUDDIN says

    13 April 2015 at 9:51 am

    buat part time bisnes lg syiok kan 🙂
    sesuatu yg di luar kawalan mmg sukar nk ubah…jadi kene la ubah bende yg kite sendiri boelh kawal..

    love this entry
    NURUL AZIYANA BINTI KAMARUDDIN menulis…Kenapa Tak Kurus? Ini Puncanya…My Profile

    Reply
    • azeni says

      13 April 2015 at 11:32 am

      Kan.
      Busy kan diri dengan benda yang boleh datangkan manfaat.
      Lagi bagu mendatangkan duit kan.
      Hihi

      Reply
  2. hafizi says

    14 April 2015 at 5:29 pm

    saya suke keju…heheehe…
    hafizi menulis…Cara Gandakan KWSP Dengan Cimb Wealth Advisor CWAMy Profile

    Reply
    • azeni says

      15 April 2015 at 12:14 pm

      Bagus tue suka keju hafizi.
      Hihi

      Reply
  3. titan says

    14 April 2015 at 6:22 pm

    teringat cita-cita lama dulu.

    nak jadi “keyboard warrior nombor 2 di Malaysia”.

    Tapi..cita-cita itu sudah terkubur sekarang.

    Sob..sob..
    titan menulis…Kisah orang Malaysia GAGAL main Google Adsense – Siri AkhirMy Profile

    Reply
    • azeni says

      15 April 2015 at 12:14 pm

      Wah siap ada ranking no tue.
      Hahaha.
      Bagus sangat terkubur kan.

      Reply
  4. muliani says

    14 April 2015 at 10:23 pm

    sgt suke makan keju. tp kene jaga jugak demi menjaga badan yg slim ni. cewahhh haha

    Reply
    • azeni says

      15 April 2015 at 12:15 pm

      Hihihi.
      Pantang aje kan kak muliani.
      Nak-nak kalau cheese kek.

      Reply
  5. Mama Nadia says

    15 April 2015 at 1:30 am

    Nak tambah koleksi bacaan ni..macam best ja..apapun, mama pun sangat2 suka makan keju hehe
    Mama Nadia menulis…Ngeri ke sakit buang implanon?My Profile

    Reply
    • azeni says

      15 April 2015 at 12:16 pm

      Hehehe.
      Sangat recommended mama nadia.
      Beli la buku tue.

      Reply
  6. Mak Jemah Jual Vitamin says

    15 April 2015 at 8:33 am

    jom gapai impian! impian kita, bukan impian orang kerana pastinya tak sama. tau apa kehendak kita akan mudah nak melangkah.
    Mak Jemah Jual Vitamin menulis…6 Penyelesaian Untuk Puting Buta: Bolehkah Menyusu Badan Selepas Itu?My Profile

    Reply
    • azeni says

      15 April 2015 at 12:18 pm

      Betul MJ.
      Jom..

      Reply
  7. mrhanafi BEST says

    15 April 2015 at 8:39 am

    apa yang kita nak boleh dapat jika ada kesungguhan..itu tetap saya percaya
    mrhanafi BEST menulis…Punca Kurang Berjaya Mendapat PenajaanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      15 April 2015 at 12:19 pm

      Usaha yang diiringi dengan kesungguhan pasti membuahkan hasil

      Reply
  8. suri says

    15 April 2015 at 12:04 pm

    keju sedap kalau letak spaigeti keeeee…kalau tak letak tak mengapa.tapi masiha da keju tak galak ambil lebih hu..
    suri menulis…Panduan Anak Tidak Minta Beli Barang Mainan KedaiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      15 April 2015 at 12:20 pm

      Hihihi.
      Kena wajib letak kalau buat spageti ataupun pizza.
      Baru umphh

      Reply
  9. Ikhwan Fahmi says

    16 April 2015 at 3:11 am

    saya lepaskan kerja lama untuk dapat kerja baru.
    Ikhwan Fahmi menulis…Panduan Beli Kereta Untuk GraduanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      16 April 2015 at 6:07 pm

      So cuma nikmati proses peralihan dengan gembira.
      Pasti diganti dengan lebih baik kan.

      Reply
  10. SaniYunus says

    16 April 2015 at 5:34 am

    Bagus sangat ada buku yang telah dialih bahasa. Ramai orang boleh ambil manafaat daripadanya..
    Anyway aku suka bergosip pasal apa bisnes online yang nak dibuat 🙂
    SaniYunus menulis…Seminar MB2000 – Uji Idea Bisnes Anda Dalam Masa 48 Jam.My Profile

    Reply
    • azeni says

      16 April 2015 at 6:08 pm

      Wahh bergosip yang bagus tue.
      Sekurang2 kemudian dapat cara untuk tambah pendapatan kan.
      Daripada gosip biasa takda apa manfaatnya

      Reply
  11. suri says

    17 April 2015 at 2:27 pm

    hai..
    selalu keju keping chess biasa tu sis suka masuk dalam sos spgeti anak tak buat letak dalam roti heee…

    habislah kalau tak boleh makan sebarang chess kali ini huaaa.. 😉
    suri menulis…Trick Seksi Menawan Hati Si Dia RajukMy Profile

    Reply
    • azeni says

      20 April 2015 at 4:26 pm

      Hahaha.
      Bagus tue suri ikalau suka makan keju.

      Reply
  12. BM says

    17 April 2015 at 11:44 pm

    Tak suka keju… lebih suke budu…hehe
    Lumrah manusia…suka benda yg lagha dari yg bermanfaat.
    BM menulis…Bermula Dengan Satu, Kini Telah Menjadi SeribuMy Profile

    Reply
    • azeni says

      20 April 2015 at 4:28 pm

      Tak kisah pun suka tak ke BM.
      Janji pengajaran yang dapat daripada metafora keju itu sendiri.

      Reply
  13. maria says

    25 April 2015 at 6:35 am

    mula2 baca tajuk artikel ni, suspen jap…hihi
    tp 4 petikan dr buku tu memang boleh apply sgt dalam bisnes kita kan?
    maria menulis…Seks Ketika Hamil. Teruja Atau Takut?My Profile

    Reply
    • azeni says

      26 April 2015 at 3:36 am

      Saspen yea.
      Hehehe.
      Memang kata motivasi tue kena sangat dengan bisnes kita.

      Reply
  14. ohcikgu says

    15 May 2015 at 8:34 pm

    tak berapa suka makan keju kecuali makan dengan burger.
    ohcikgu menulis…Cikgu, dia ejek saya GEMUK!My Profile

    Reply
    • azeni says

      18 May 2015 at 10:12 am

      Kalau makan biasa, saya pun tak suka gak.
      Makan dengan piza lagi sedappp..

      Reply
  15. musadun says

    6 June 2015 at 11:04 pm

    waaa.rupa-rupanya buku who moved my cheese ni banyak isi menarik.aritu beli masa pesta buku antarabangsa, tapi sampai sekarang pun tak baca pun lagi..nampaknya kena baca ni..
    musadun menulis…Penyebab Dan Cara Mengatasi Berak BerdarahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      7 June 2015 at 4:48 pm

      Ishh wajib baca dah tue kalau dah ada.
      Sekali baca dah abis dah.
      Percayalah memang best pun.

      Reply
  16. apdm1 says

    7 June 2015 at 7:46 pm

    cheese memang sedap dimakan.

    bakar dengan roti pun dahcukup sedap sekali.
    apdm1 menulis…APDM – Aplikasi Pangkalan Data MuridMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:16 pm

      Hehehe.
      Memang pun sedap sebab tue ia dijadikan metafora mengambarkan dalam kehidupan kita kan.

      Reply
  17. Uncle Zuan says

    7 June 2015 at 11:12 pm

    nice video tu. ber impian.

    btw buku who moved my cheese tu best baca. yang sambungan dia je belum baca lagi
    Uncle Zuan menulis…Yeo’s Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s YogurtMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 June 2015 at 6:17 pm

      Best kan.
      Aaha ada sambungan nye buku tue.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer