Penyakit seperti nyanyuk, Alzheimer, dementia ataupun parkinson memang dikaitkan faktor umur tua. Semakin tua semakin banyak lupa ingatan. Secara sains nya, otak akan semakin mengecut dan tiada aktiviti dilakukan untuk meransang otak.
Saya ceritakan serba ringkas bagaimana otak boleh semakin lemah sampai jadi nyanyuk ye. Ataupun bagaimana boleh dapat penyakit ketuan.
Untuk penyakit Alzaheimer, ada beta amyloid plaque dalam otak yang melekat di dinding saluran darah ke otak. Bila ada terjadi keadaan begini akan menyebabkan:
- bekalan darah dan oksigen akan berkurangan dihantar ke otak.
- Secara perlahan-lahan sel otak akan musnah
- Acetyl choline (Ach) iaitu pemancar signal kimia dalam otak akan berkurangan. Dan ini akan mempengaruhi saraf kita.
- Bila keadaan ini berlaku akan menyebabkan gangguan pada fungsi penting iaitu seperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).
Sebenarnya kita boleh elak daripada terkena Alzaheimer ataupun penyakit ketuan ini walaupun sudah tua. Yang paling penting adalah kena ransang otak kita daripada mengecut.
Jom saya kongsikan amalan harian kita yang boleh bantu otak kita teransang.
6 Cara Mudah Elak Alzaheimer Untuk Warga Emas
1. Elakkan keadaan tertekan dan beremosi
Memang kita tidak boleh lari daripada masalah hidup. Kalau takda masalah, bukan kehidupan la namanya kan.
Cuma bagaimana kita mengawal keadaan yang tegang itu.
Tekanan mental dan emosi yang berpanjangan akan mencetuskan hormon steroid dan cortisol yang boleh merosakkan sel-sel neuron dan bahagian pemancar letrik khususnya dibahagian hippocampus dan prefrontal lobe.
Kerana bahagian ini adalah penting bagi menyimpan ingatan dan memperoses pemikiran kita.
So jangan stress lama-lama.
Banyakkan ketawa dan senyum untuk kurangkan stress. Jenaka boleh membantu pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.
2. Senaman meningkatkan fungsi otak kita
Bila kita buat senaman akan meningkatkan bekalan oksigen ke otak kita. Dan akan mencetuskan pengeluaran BDNF (brain derived neurotrophic factor) untuk meningkatkan fungsi otak – kognitif dan pembelajaran.
Pada masa yang sama akan meningkatkan mitochondria iaitu tenaga pada sel otak kita.
3. Amalan membaca
Membaca buku memang sangat bagus untuk pengetahuan kita. Bukan setakat pengetahuan sahaja dapat tetapi boleh meransang pertumbuhan sel-sel otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses.
Synapses adalah struktur dalam sistem saraf kita yang memboleh neuron mendapat isyarat antara neuron yang lain. Synapes akan menjadi lebih kukuh bila badan kita tidur dengan cukup.
4. Tidur yang cukup
Waktu tidur yang cukup adalah penting untuk badan kita reset semula. Masa yang ideal adalah 5 ke 8 jam sehari.
Bila bangun kita dapat berfikir dengan tenang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa boleh lakukan senaman fizikal 30 minit. Sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.
5. Jaga kesihatan otak kedua kita
Otak kedua kita yang penting adalah usus dan perut. Sebab ia bersambung terus ke otak melalui saraf-saraf vagus dan cranial nerve ke-10.
Jika usus dan perut kita sihat, maka otak akan sihat. Sebab itu, kita kena jaga pemakanan kita kan. Elakkan frozen food ataupun procees food yang tidak sihat dan kekerapan diambil. Boleh amalkan detox badan selang 3 bulan sekali.
Bagaimana untuk detox badan?
Saya kongsikan disini untuk Cara untuk Buang Cacing/Parasite Dalam Badan.
6. Vitamin penting untuk cegah Alzaheimer dan penyakit ketuan.
Vitamin yang membantu untuk elak penyakit ketuan seperti Alzheimer, dementia ataupun Parkinson adalah Vivix, Omega Guard, Bcompleks dan Ostemarix.
Vivix bagus untuk mitochondria kita
Mitochondria ini adalah tempat pusat tenaga untuk sel kita. Tenaga sel akan semakin berkurang dek faktor umur dan juga pencemaran kita sekeliling.
Vivix ini bantu untuk mitochondria kita semakin kuat dan badan kita akan lebih cergas bila sel kita cukup kuat kan.
Sel kita sihat, maka peredaran darah akan lebih lancar dan oksigen secukupnya boleh sampai ke otak.
Dan kandungan resveratrol dalam Vivix boleh membantu perbaiki sambungan sel sel dala otak kita. (Boleh baca disini Bagaimana Resveratrol Membantu Alzaheimer)
Boleh lihat disini jurnal yang dikeluarkan bagaimana Resveratrol membantu penyakit Alzheimer.
Omega Guard untuk lemak otak
Otak kita mengandungi 60% lemak. 25% daripadanya adalah Omega 3 DHA iaitu penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan.
Kekurangan omega 3 dan DHA memang akan menyebabkan mudah dapat penyakit ketuan termasuk Alzheimer. Kerana ia akan menjadikan sel-sel otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.
So omega 3 dan DHA buka setakat untuk otak kanak-kanak yang membesar malah penting untuk semua peringkat umur kan. Sebab kita nak jaga otak kita.
Vitamin B untuk ketajaman otak
Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir dan menjaga kesihatan neurotransmitter.
Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil (mengecut) dan memnag mudah dapat penyakit alzhmeir.
Dalam Bcompleks memang ada semua jenis kumpulan B untuk membantu sekali peredaran darah dan choline untuk menfungsikan otak.
Vitamin B juga dikenali makanan untuk sistem saraf kita.
Ostematrix untuk Vitamin D
Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel-sel serta fungsi otak. Kebiasanya pesakit untuk alzhmeir mengalami kekurangan vitamin D.
Dan dalam Ostematrix ada kalsium, magnesium dan Vitamin D yang juga membantu untuk kesihatan tulang juga.
Biasanya akan ada permulaan untuk mendapat Alzaheimer adalah daripada masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi ataupun sakit jantung.
Daripada penyakit ini, akan menjadi punca neuron kurang berfungsi dan sel tak sihat. So waktu terbaik untuk elak Alzaheimer adalah dengan mencegah penyakit-penyakit lain dan pada masa yang sama amalkan 4 jenis vitamin ini sebagai rutin.
Yang pastinya vitamin Shaklee tiada kesan sampingan malah diperakui kajian saintifiknya melalui landmark study.
Sudah semestinya kita tidak mahu orang terdekat dengan kita mahupun pasangan dan ibubapa alami Alzaheimer. Mesti kita mahukan mereka jalani kehidupan yang lebih baik.
Sumber:
Untuk dapatkan vitamin Alzaheimer dan konsultasinya, boleh terus hubungi saya.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: azeniahmad dot com
COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Ikhwan says
Saya kerap tidur lewat, dah sampai masanya untuk berehat dan tidur awal.
Ikhwan menulis…Buat Duit Dengan Uber
azeni says
Hihihi..
Semoga membantu.
titan says
memang dah tua.
nama bapak ex dulu-dulu dah tak hingat dah.
nama bapak bini je ingat.
titan menulis…Melancong Jadi Lebih Mudah dengan Traveloka.
azeni says
Hahaha.
Itu bukan tak ingat tue.
Kira sindrom lain dah.