• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Kenangan Manis Naik Pentas SC 2017

3 May 2017 By azeni 4 Comments

SC?

Adalah Shaklee Convention. Tapi apa itu Shaklee Convention?

Bukan ke National Convention ke?

Shaklee Convention ataupun National Convention adalah event yang sama. Iaitu hari untuk meraikan semua pengedar Shaklee yang aktif.

Meraikan pencapaian mereka yang berkerja keras sepanjang tahun lepas yang mana mengiktiraf kecemerlangan, pertumbuhan, dan konsisten dalam business secara konsisten samada:

1. Naik pangkat (new rank)

2. Pertumbuhan Jualan Peribadi ataupun secara berkumpulan

3. Bonus kereta

4. Kelayakan untuk ganjaran dan faedah

Dan sebagainya.

Shaklee Convention

Keluarga besar IReach

Tambah manis lagi bila kawan-kawan satu Malaysia berkumpul sama-sama. Yang tak pernah kenal pun akan jadi kenal rapat kan. Membina ukhwah sesama bukan sahaja untuk berbusiness.

Award Shaklee Convention

Dan buat kali pertama nya berbusiness Shaklee, saya dapat anugerah untuk Business Growth Award (Pertumbuhan Jualan Business). Merasa naik pentas bersama suami untuk anugerah ini.

Gembira sangat.

Terasa penat lelah tahun lepas (cycle lepas) diraikan. Dan lebih penting lagi, ia adalah usaha berkumpulan. Bukan hanya dari diri sendiri sahaja.

Shaklee Convention 2017

Selain itu, dalam event sebegini didedahkan dengan kisah suka duka setiap orang yang berjaya. Yang sangat pasti kejayaan mereka hingga ke tahap Master Coordinator (pangkat tertinggi dalam Shaklee) mempunyai pengorbanan yang sangat besar.

Pasti ada menangis.

Pasti ada rejection (penolakan).

Pasti ada pengorbanan.

Baru disusuli dengan kemanisan kejayaan.

Sebab itu dalam Shaklee adalah sistem MLM (multi level marketing) yang sangat adil. Malah Shaklee mengamalkan MLM yang sebenarnya. Bukan MLM yang hanya cari orang bawahan, goyang kaki dan duit masuk setiap bukan.

Big NO.

Berbalik kepada event Shaklee Convention semula. Hihihi.

Shaklee convention 2017

Bersama barisan penerima award

Dalam event ini akan diperkenalkan produk-produk baru untuk promosi dan juga pembukaan HQ Shaklee Malaysia yang baru dan lebih luas iaitu di Sunway Geo, Petaling Jaya.

Konsep HQ yang lebih terbuka untuk pembelian dan juga mana-mana Health Talk. Lebih menarik.

Sepanjang event yang berlangsung dimeriahkan dengan jemputan artis pelawak terkenal Zizan. Persembahan yang agak lama dalam lebih kurang 1 jam membuat agak membosankan.

Cuma yang menjadi happening bila berpantun 2 kerat oleh zizan. Sampaikan membawa-bawa dalam group Ireach kami. Seakan menjadi tular (viral) untuk:

  • Ireachpantun
  • Ireachtravel
  • IreachShaklee
  • Ireachfamily

Berpantun sampaikan berbusiness tau. Sampaikan semua produk di ‘pantun’ kan. Hihihi.

Sekurang-kurangnya geng Ireach membudayakan semula pantun digabungkan dalam berbusiness. Unik kan group kami.

Ireach is the best. Nothing comes second.

Dan Shaklee Convention 2017 memberikan kenangan manis dalam hidup saya dan semoga coretan ini akan disimpan selama-lamanya sebagai kenangan.

Insyallah tiada aral melintang berjumpa Shaklee Convention 2018.

6 Cara Mudah Elak Alzaheimer Untuk Warga Emas
Pengedar Shaklee Ampang Selangor

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: award shaklee, HQ Shakle Sunway Geo, Keluarga Ireach, shaklee convention 2017

Comments

  1. Ainul says

    3 May 2017 at 10:43 am

    Alhamdulillah, tahniah azeni ahmad
    Ainul menulis…3 Hari Sakit Slip Disc Makin Berkurang, Dah boleh Main badminton Tanpa Perlu PembedahanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 11:30 pm

      Terima kasih ainul dan faiz.
      Kalian juga hebat.

      Reply
  2. Nila anggraini says

    4 May 2017 at 7:13 am

    Alhamdulillah …tahniah kak..

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 11:31 pm

      Terima kasih Nila.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer