• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

7 Cara dan Petua Untuk Halang Kulit Daripada Terbakar Matahari (Sunburn)

10 November 2014 By Azeni Ahmad 9 Comments

Kulit kita nie orang Malaysia memang mudah terbakar. Dengan keadaan iklim yang panas dan lapisan atmosfere makin menipis. Memang akan perasan kan, beza warna tona kulit kat tangan dengan lengan. Ataupun ada garis sempadan di muka bagi mereka yang pakai tudung.

Sebenarnya peringkat awal memang tiada kesan sampingan untuk kulit terbakar. Tetapi kalau terdedah terlalu lama untuk jangka masa yang panjang, boleh bahayakan kulit kita.

Kulit muka terbakar disebabkan cahaya matahari

Muka terbakar disebabkan cahaya matahari

Sebab cahaya matahari ada 2 jenis sinaran iaitu UVA dan UVB. UVB (ultraviolet- B) akan menyerang di bawah lapisan kulit kita. UVA (ultraviolet- A) akan menyerang untuk luaran kulit. Kedua-dua sinaran memang berbahaya kerana boleh menjadi punca kepada kanser kulit tau.

Tapi takkan tak keluar rumah pulak kan sebab nak elakkan sinaran UV nie.

Jom amalkan 7 cara dan petua untuk mengurangkan kulit daripada terbakar matahari (sunburn).

1. Remedi yang paling berkesan menggunakan kulit lidah buaya.

Petua turun temurun iaitu menggunakan gel aloe vera. Memang kena rajin sapu lendir kulit lidah buaya pada kulit yang terbakar sebab kandungan lembapan lendir tue ada pelbagai khasiat. Boleh bantu hilangkan parut sekali.

Anda boleh baca terperinci di entri Khasiat Aloe Vera  

2. Untuk bahagian muka, boleh gunakan tomato yang disapu di seluruh muka.

Biarkan kering dan bilas seperti biasa. Ataupun boleh gunakan tepung gandum dicampurkan timun dan dijadikan seperti masker.

3. Elakkan daripada terdedah pada matahari secara langsung daripada pukul 10pagi hingga ke 4 petang.
4. Rajin-rajin kan sapu sunblock bila keluar rumah.

Ambil lotion sunblock yang ada SPF (Sun Protection Factor) yang tinggi dalam SPF 15 ke atas.

5. Ambil vitamin untuk menghalang radikal bebas iaitu Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E.
6. Minum air kosong yang cukup untuk elak badan terhidrasi.

Badan kita akan cepat hilang segala mineral melalui peluh kita. Sebab itu, air kosong sangat penting.

Untuk elak silau dan pancaran matahari boleh pakai cermin mata gelap

Pakai cermin mata gelap untuk penjagaan mata daripada silau

7. Pastikan memakai sunglasses untuk menjaga mata.

Disebalik trend sunglasess, ia adalah keperluan untuk menghalang sinaran UV. Ok la kan boleh bergaya dengan sunglasses.

Secara mata kasarnya, kita boleh pakai sunglasess ataupun sapu lotion SPF atau gel aloe vera untuk halang kulit terbakar. Bagaimana untuk halang radikal bebas dalam badan kita pulak?

Radikal bebas yang terjadi disebabkan badan kita terdedah lama pada sinaran matahari.

Secara kimianya bagaimana radikal bebas ini terjadi dalam badan, anda boleh rujuk di entri Apakah Itu Radikal Bebas.

Vitamin membantu untuk dalaman badan

Vitamin asas untuk kulit terbakar

Set Shaklee yang sesuai iaitu Vitamin C, Vitamin E dan Carotemax untuk menghalang dan memperbaiki masalah kulit yang terbakar matahari (sunburn).

Bagaimana Set Shaklee membantu:

i. Vitamin C sangat diperlukan oleh untuk baiki dan merawat tisu juga membantu mengurangkan parut.
ii. Vitamin E sebagai tembok pertahanan di dalam badan untuk menghalang radikal bebas masuk dalam sel dan merosakkan.
iii. Carotemax iaitu dengan gabungan Vitamin A dan carotene diperlukan bersama Vitamin E untuk halang radikal bebas. ia juga membantu untuk baiki tisu sel dalam badan.

Dengan Shaklee, bukan sahaja boleh halang kulit daripada terbakar tapi kesannya selepas itu, kulit akan lebih cerah dan bersih. Tapi kena konsisten la yea..

Hubungi saya jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee. Cara makan vitamin yang special saya sediakan untuk anda. Khas untuk kulit lebih cantik selepas sunburn. Nak ambik sebagai protection pun digalakkan.

Jom hubungi saya

Sumber : Prescription for Nutritional Healing by Phyllis A. Balch 

Cara Untuk Order Shaklee

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

 

Jalan-Jalan Di Chocolate Museum Kota Damansara
5 Sebab Mengapa Wajib Mengambil Sarapan

Related

Filed Under: Santai Tagged With: cara atasi kulit terbakar (sunburn), kulit sunburn, kulit terbakar, petua untuk hilangkan kulit terbakar (sunburn), vitamin untuk cegah kulit terbakar

Comments

  1. Muhammad Faiz Mohamed Saaid says

    10 November 2014 at 2:32 pm

    hoooo, tapi kenapa orang putih suka berjemur ? huhuhuhu

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      12 November 2014 at 6:12 pm

      hehehe.. sebab orang putih nak warna kulit macam orang Asia.. kulit dowg kan tak berapa cantik.. hahahaha

      Reply
  2. Mak Jemah Jual Vitamin says

    19 November 2014 at 11:06 am

    jatuh cinta sangat dengan set kulit ni, yang paling best gabungan vitamin e dan vitamin c buatkan kita susah nak kena sunburn.

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      20 November 2014 at 2:00 am

      kan.. memang best betul la combinasi nie.. kulit pun nampak muda je lagi.. best

      Reply
  3. Fatin Dania says

    17 March 2016 at 8:26 pm

    Berape hargenye???????????

    Reply
    • Fatin Dania says

      17 March 2016 at 8:26 pm

      Mahal ke?

      Reply
      • azeni says

        25 March 2016 at 7:52 am

        Harga vitamin untuk sunblock memang standing dengan kesannya..
        Fatin Dania boleh terus hubungi saya ye.
        Senang saya konsult..
        Azeni- Call/whatapps 012 5771864

        Reply
  4. waida says

    26 May 2017 at 7:27 pm

    I like

    Reply

Trackbacks

  1. Pengedar Shaklee di Perlis | azeniahmad.com says:
    20 April 2015 at 11:33 pm

    […] Vitamin untuk elak kulit terbakar (sunburn) pun ada. Maklum la nak pergi ke Krabi melalui jalan darat ke. Boleh dapatkan set kulit terbakar […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer