• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

7 Cara Untuk Elak Stroke (Angin Ahmar) Supaya Tidak Cacat Seumur Hidup

19 November 2014 By Azeni Ahmad 11 Comments

Kebanyakan orang di Malaysia apabila mencapai tahap umur bersara ataupun dalam usia emas pasti akan mengalami keadaan hilang upaya ataupun cacat anggota badan. Contohnya seperti kena potong kaki, lumpuh satu badan, bertongkat dan sebagainya.

Malah ada yang lebih teruk, peringkat umur di antara 30an-40an pun telah mengalami penyakit hilang upaya. Betapa kesedaran orang Malaysia terhadap kesihatan sangat rendah. Salah satu yang sinonim adalah penyakit stroke ataupun angin ahmar.

Cara untuk Cegah Stroke

7 Langkah Untuk Cegah Stroke

Bagaimana Stroke (Angin Ahmar) Ini Berlaku?

Stroke berlaku apabila otak gagal mendapatkan darah dengan secukupnya daripada jantung kita. Ini menyebabkan kegagalan pada sesetengah sistem dalam kefungsian otak kita. Paling kerap berlaku apabila saluran darah ke otak tersumbat dipanggil ischaemic stroke.

Kalau saluran darah ke otak pecah, itu dipanggil haemorrhagic stroke. Darah yang pecah di otak akan membeku kemudian menekan kawasan sekelilingnya. Secara tidak langsung, ia  akan menjejaskan bahagian otak yang lain untuk berfungsi.

Perlu diingat bahawa serangan jantung dan serangan stroke adalah berbeza walaupun kedua-duanya mengalami gangguan bekalan darah. Penyakit jantung akan menyerang di jantung manakala stroke menyerang di bahagian otak.

Serangan angin ahmar (stroke) boleh dielak ataupun dicegah jika kita mengamalkan gaya hidup yang sihat. Menurut National Stroke Association, stroke boleh dielakkan jika kita amalkan keseimbangan dalam corak hidup dan pemakanan seharian kita. Untuk lebih terperinci, jom kita lihat cara untuk elakkan stroke.

Langkah untuk elak stroke

Apa yang perlu dibuat untuk elak stroke?

7 Cara Untuk Elak Stroke (Angin Ahmar) Supaya Tidak Cacat Seumur Hidup

1. Pantau Bacaan Tekanan Darah

Paling penting untuk kita sentiasa tahu keadaan tekanan darah kita. Bacaan normal untuk orang yang sihat adalah 120/80. Jika anda terlebih atau terkurang cepat-cepat berjumpa pakar untuk lebih lanjut.

2. Tahap Kolestrol Perlu Seimbang

Badan kita juga memerlukan kolestrol kerana ia berkait rapat dengan penghasilan hormon dan membantu organ-organ penting untuk berfungsi. Tetapi kolestrol yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah tersumbat. Bacaan normal untuk kolestrol adalah 200. Perlu waspada jika bacaan melebihi 200 dan perlu dirujuk ke pakar.

Merokok boleh menyebabkan stroke, kencing manis dan darah tinggi

Tabiat merokok tidak mengira umur mendatangkan mudarat

3. Buang Tabiat Merokok

Merokok menyebabkan oksigen kurang di dalam darah maka jantung tidak mampu mengepam secukupnya untuk dihantar ke otak. Bukan itu sahaja, kandungan nikotin boleh merosakkan saluran darah dan mempercepatkan arteri untuk tersumbat.

4.Kurangkan Ambil Garam

Kurangkan garam dan lemak dalam diet pemakanan boleh merendah bacaan tekanan darah kita.

5. Kawal Bacaan Diabetes

Pesakit diabetes mempunyai kandungan glukosa yang tinggi dalam darah yang boleh membawa kepada serangan stroke.

6. Kurangkan Minuman Alkohol

Alkohol boleh menyebabkan kepada serangan stroke jika diambil overdose. Maksimum sekurang-kurang dalam 2 gelas sehari ataupun lebih baik berhenti terus minum alkohol. Itu lebih baik.

Bersenam untuk elak stroke, kencing manis dan darah tinggi

Kerap bersenam

7. Selalu Bersenam

Cara yang paling mudah dan senang dilakukan iaitu selalu bersenam ataupun melakukan senaman di gim. Apa-apa senaman yang dilakukan asalkan berpeluh dan menyihatkan.

 

Rasa terlalu banyak ubat untuk dimakan untuk kawal darah tinggi la, kencing manis la. Lama-kelamaan bila kita bergantung pada ubat, boleh bagi kesan pada buah pinggang kan. Silap-silap buah pinggang tidak mampu untuk memproses ubat-ubatan dah.

Lagi bahaya.

Jom tengok testimonial mereka sembuh daripada penyakit kencing manis dan sihat normal.

Testimonial Stroke Berdarah (Hemorrhagic Stroke)

rawatan stroke boleh disembuhkan sepenuhnya?

Sebelum dan selepas pembedahan

Testimonial Stroke Iskemik (Ishemic Stroke)

cara merawat stroke angin ahmar

Testimonial koma akibat stroke kini pulih

Stroke sembuh dengan vivix

Antara solusi untuk membantu menangani masalah kolestrol dan diabestes pada masa yang sama, boleh menggunakan VIVIX. Iaitu cecir pekat antioksida yang sangat tinggi untuk menormalkan kembali sistem dalam badan.

Juga untuk mereka yang baru menjalani pembedahan hingga menyebabkan masalah pertuturan ataupun lumpuh anggota badan. Sangat di galakkan mengambil Vivix ini.

Perlu diingat ye bahawa suplemen adalah untuk menormalkan sistem badan yang tidak betul. Ianya bukan ubat untuk terus hilangkan kencing manis ataupun darah tinggi.

VIVIX untuk maslah stroke, diabetes dan tekanan darah tinggi

VIVIX untuk cegah masalah stroke

Kandungan VIVIX yang kaya dengan antioksida boleh membantu merawat malah mencegah daripada terkena serangan stroke. Untuk lebih terperinci, boleh baca tentang VIVIX di Kandungan Luar Biasa VIVIX.

Kebanyakan penyakit yang kritikal ataupun serius dipengaruhi oleh cara pemakanan dan gaya hidup kita sendiri. Banyak perkara yang kita boleh elakkan ataupun cegah jika kita mengamalkan cara hidup yang sihat.

Sayangi diri anda dan keluarga anda.

Untuk sebarang pesanan ataupun sesi konsultasi, boleh hubungi saya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Kelahiran Pra-Matang: 6 Risiko Komplikasi Mungkin Berlaku Pada Bayi
Bagaimana Untuk Atasi Bibir Gelap (Bibir Hitam)?

Filed Under: Shaklee Tagged With: cara cegah diabetes, cara cegah tekanan darah tinggi, cara rawat angin ahmar, Cara rawat stroke, dan tekanan darah tinggi, diabetes, merokok bleh stroke, minum alkohol boleh stroke, Vivix untuk cegah stroke

Comments

  1. sweetkurma says

    20 November 2014 at 8:36 am

    rasanya tahap kolesterol akak tinggi huhu

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      20 November 2014 at 10:19 am

      hehehe…
      Kena check la akak..
      Kena selalu wat check up..

      Reply
  2. Pondok Papan says

    23 November 2014 at 4:31 pm

    Yup..kalau sayangan tubuh badan,amakan APA yang dikongsikan ni..hehe

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      25 November 2014 at 11:10 pm

      Kena selalu alert dengan perubahan badan kita..
      Senang nak tau kalau berpenyakit atau tak…

      Reply
  3. Daud Mohamad says

    10 July 2015 at 8:33 am

    tips dan info yg berguna tq sharing 🙂 teringat arwah mak sy meninggal sbb serangan stroke.

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 9:36 pm

      Takziah en. Daud.
      Insyallah moga dapat membantu orang lain merawat stroke kan.

      Reply
  4. hafiz says

    12 March 2016 at 6:23 am

    trima kaseh info brguna sya mmng memelukn area kuching sarawak ada no tlipon x

    Reply
    • azeni says

      14 March 2016 at 3:14 pm

      Encik hafiz.. Boleh ada di Sarawak..
      Encik hubungi saya terlebih dahulu.
      Kemudian saya akan bagi detail untuk encik hafiz..
      Azeni – 012 5771864 (Call/SMS/Whatapps)

      Reply
  5. Ros says

    25 February 2017 at 1:19 am

    Strok ni muda-muda pun boleh kena. Yang merokok tu, eloklah cuba berhenti dari sekarang.

    Reply
    • azeni says

      23 March 2017 at 2:12 am

      Itu lah. Ramai sangat berpotensi kena serangan nie.

      Reply

Trackbacks

  1. Rawatan Stroke: Boleh Ke Disembuhkan Sepenuhnya? | azeniahmad.com says:
    17 December 2015 at 9:17 am

    […] Boleh lihat disini 7 Cara Untuk Elak Stroke (Angin Ahmar). […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital