• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Bagaimana Untuk Atasi Bibir Gelap (Bibir Hitam)?

29 October 2014 By Azeni Ahmad 4 Comments

Bibir adalah antara salah tarikan pada muka kita. Bagi wanita, bibir memainkan peranan penting untuk menjaga penampilan diri kan. Maka tidak pelik pun hingga ada yang sampai sejam sekali asyik duk pakai pelembap bibir la, lipstick la kan. Gara-gara untuk pastikan bibir sentiasa menarik.

Tetapi sesetengah orang ada alami bibir gelap ataupun kebiasanya orang panggil bibir hitam. Malah bukan sahaja bibir gelap tetapi ada yang kering dan hinggakan mengelupas. Pening kan.

Jom kita lihat mengapa bibir boleh menjadi gelap.

Selalunya bibir berubah warna menjadi coklat ke warna kecoklatan kelabu. Sebenarnya bibir tidak pernah mencapai warna hitam sepenuhnya. Perubahan warna bibir yang asalnya warna merah ataupun merah jambu disebabkan oleh:

1. Anemia

Mereka yang mengalami anemia ataupun kekurangan darah merah akan kelihatan pucat pada muka dan warna bibir terutamanya pada wanita yang semakin meningkat usia. Kerana wanita sentiasa mengalami haid dan proses kelahiran yang menyebabkan kehilangan darah yang banyak.

Anemia dikaitkan dengan kekurangan zat besi dalam badan iaitu hemoglobin (pembawa oksigen). Hemoglobin bertanggungjawab untuk warna semulajadi merah darah. Kekurangan hemoglobin memang akan mempengaruhi warna bibir.

Secara terperinci tentang hemoglobin, boleh baca di Apa Itu Hemoglobin?

Wanita yang mengandung dan menyusu badan sepenuhnya lebih mempunyai kecenderungan tinggi untuk dapat anemia kerana badan terpaksa bekerja kuat untuk memastikan darah merah cukup ibu dan bayi membesar. Sebab itu, ibu-ibu akan kelihatan pucat dan tidak bermaya semasa mengandung ataupun selepas bersalin.

Jom kita lihat video ini.

Bagaimana anemia dapat diatasi dengan pantas?

Asal nama wanita, memang akan mudah kehilangan zat besi dalam badan. Jangan ambil enteng yea.

2. Cara hidup yang tidak sihat

Bibir akan mudah gelap disebabkan oleh tabiat merokok, pengambilan kafein, penggunaan dadah ataupun pengambilan narkotik yang berlebihan. Bahan-bahan yang terlarang di dalam rokok terutamanya adalah penyumbang yang tertinggi untuk bibir semakin gelap.

3. Melasma

Adalah satu keadaan hiperpigmentasi yang berlaku pada kulit terutamanya di bahagian muka. Pigmentasi ini berlaku disebabkan mendapan melanin dan boleh terjadi ruam-ruam di bahagian bibir.

4. Dermatitis

Dikenali juga dengan keradangan kulit yang boleh berlaku pada bibir disebabkan oleh penggunaan komestik yang salah ataupun berlebihan. Paling mudah untuk mengetahui samada komestik yang digunakan sesuai ataupun tidak adalah tanda kegatalan. Jika selalu gatal-gatal bibir lebih baik stop daripada keadaan lebih teruk.

Bagaimana Untuk Atasi Bibir Gelap (Bibir Hitam)?

 

5. Kelembapan kulit kurang

Bibir yang terlalu kering akan menyebabkan kulit seperti keretakan (bibir pecah-pecah). Jika ia berterusan akan menyebabkan perubahan warna pada bibir. Biasanya ia selalu terjadi di kawasan iklim sejuk ataupun berangin.

6. Pendedahan pada cahaya matahari.

Sinar UV mempunyaikesan yang sama untuk merangsang pengeluaran melanin seperti yang berlaku pada kulit dibahagian-bahagian lain dalam tubuh.Walau bagaimanapun, kulit pada bibir dengan kandungan melaninyang lebih rendah tidak terlalu terjejas dengan ketara.

7. Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat yang terlalu banyak boleh menyebabkan hiperpigmentasi berlaku hingga ke bibir. Contohnya seperti antibiotik (minocycline), ubat kimoterapi, ubat anti malaria, ubat anti tekanan ataupun ubat agen pemutih kulit.

8. Corak Pemakanan

Gangguan pemakanan seperti anoreksia nervosa dan bulimiaakibat kekurangan nutrisi memberi kesan pada perubahan warna kulit dan bibir kita. Dari segibulimia, muntah berulang-ulang dan tindakan yang menghakis asid perut boleh menyebabkan kerosakan yang berlaku di bibirdan mungkin membawa kepada perubahan warna bibir dalam jangka masa panjang.

Perlu diingat untuk mengatasi masalah bibir gelap akan mengambil masa yang lama disebabkan ia bergantung pada nutrisi dalam badan kita. Walaupun menggunakan petua orang-orang lama, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Begitu juga dengan suplement.

 Vitamin yang sesuai untuk membantu masalah bibir gelap adalah Vitalea, Bcompleks dan Alfalfa Shaklee.
Vitalea, Bcompleks dan Alfalfa untuk masalah bibir gelap

Vitalea Shaklee

Kekurangan zat besi memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin. So anda perlu meningkatkan kandungan zat besi dalam badan dengan mengambil Vitalea Shaklee. Iaitu multivitamin yang mengandungi zat besi.

Bcompleks

Vitamin kumpulan B membantu pengaliran darah keseluruh badan serta membantu melegakan anemia.

Alfalfa Shaklee 

Bertindak sebagai agen detok keseluruhan badan disebabkan kandungan bahan kimia yang wujud dalam badan kita. Alfalfa diumpama kan seperti lemon  khasiatnya iaitu cadangan pengambilan lemon dan madu untuk melembap kulit bibir

*** Cadangan pengambilan suplemen adalah berasaskan vitamin asas yang diperlukan oleh badan kita. Perlu diingat yea pengambilan konsisten baru menampakkan hasilnya seiring dengan pengambilan air kosong yang mencukupi.

 

Setiap wanita di dunia ini memang ingin kelihatan cantik. Bak kata pepatah, bibir merah bak delima. Tapi kalau bibir gelap, hitam dan kering, tentu tak menarik perhatian kan. Malah suami sendiri tengok pun tak selera kan.

Uishhh, bahaya tue!

Tunggu apa lagi?

Jom cantikkan bibir secara semulajadi sekarang juga.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Sumber:

  1. Sumber 1
  2. Sumber 2

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps: 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

Shaklee Distributor : 890574

COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

 

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

7 Cara Untuk Elak Stroke (Angin Ahmar) Supaya Tidak Cacat Seumur Hidup
Badan Mudah Letih : Disebabkan Kurang Gula Ataupun Kurang Darah Merah?

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: anemia, Bagaimana bibir jadi hitam atau gelap, cara semulajadi untuk merahkan bibir, faktor penyebab bibir hitam

Comments

  1. blogger lelaki says

    30 October 2014 at 10:58 pm

    vitamin shaklee bagus untuk kesihatan dan mengatasi bibir gelap juga yer..baru tahu nie..memang terbaik la

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      31 October 2014 at 7:14 am

      bibir gelap nie menunjukkan yang dalam badan kita kurang nutrisi ataupun mineral asas. sebab nampak bibir gelap je..
      So ambil je vitamin asas. konsisten kan.. Lama2 akan normal la kan..
      Heheheeh

      Reply
  2. NURUL AZIYANA BINTI KAMARUDDIN says

    20 March 2015 at 12:29 pm

    rajin2 kn juga scrub bibir.. hehehehe
    btw vitamin ni bukan utk bibir cerah je..tapi kulit pun cerah..best!
    NURUL AZIYANA BINTI KAMARUDDIN menulis…Atasi Sakit Sendi Supaya Tak Dibedah Ganti Sendi Baru [Kos Cecah Ribuan]My Profile

    Reply
    • azeni says

      22 March 2015 at 7:25 pm

      Memang pun.
      Vitamin asas iaitu keperluan badan kita.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer