• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Kelahiran Pra-Matang: 6 Risiko Komplikasi Mungkin Berlaku Pada Bayi

7 December 2014 By Azeni Ahmad 3 Comments

Kelahiran bayi pra-matang memang sukar dijangkakan oleh semua ibubapa. Nak pula ibu yang mengandung secara tiba-tiba doktor mencadangkan untuk membuat pembedahan bagi menyelamatkan ibu dan bayi itu sendiri. Padahal tarikh jangkaan untuk bersalin lambat lagi.

Untuk bakal ibu bapa ataupun yang akan menerima kelahiran ke 2 ataupun seterusnya, haruslah sentiasa mengambil tahu apakah yang bakal berlaku sekiranya terjadi kelahiran pra matang dan tindakan susulan.

Kelahiran Pra-Matang: 6 Risiko Komplikasi Mungkin Berlaku Pada Bayi

Tinggi risiko apabila terjadi kelahiran pra-matang dan paling penting bagaimana ibu bapa bersedia secara fizikal dan mental untuk menghadapinya. Biasanya bayi akan ditempatkan di bilik rawatan khas iaitu di NICU (Neonatal Intensive Care Unit) untuk doktor pakar menyelia keadaan perkembangan bayi tersebut.

Bagi ibu mengandung cuba elakkan daripada masalah kencing manis ataupun diabetes gestasi. Dimana akan menyebabkan ibu terpaksa bersalin lebih awal dan anak pra matang.

Antara risiko komplikasi yang mungkin akan terjadi apabila kelahiran pra-matang adalah:

  1. Masalah saluran pernafasan

Pernafasan yang normal adalah keadaan di mana paru-paru mampu untuk mengembang dan menguncup apabila bernafas. Sistem pernafasan yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan bayi mengalami kesukaran unuk bernafas secara normal.

Kelahiran Pra-Matang: 6 Risiko Komplikasi Mungkin Berlaku Pada Bayi

Untuk keadaan yang lebih kritikal, paru-paru bayi boleh menjadi kronik apabila mengidap bronchopulmonary dysplasia.

  1. Masalah jantung

Lazimnya apabila terjadi kelahiran pra-matang mesti akan memberi kesan kepada keadaan jantung bayi itu sendiri. Istilah yang biasa kita gunakan adalah apabila jantung bayi tersebut tidak cukup kuat untuk mengepam darah (jantung tidak matang sepenuhnya) ke seluruh badan dan otak menyebabkan pelbagai komplikasi boleh berlaku.

  1. Pendarahan di otak

Semakin awal kelahiran bayi daripada tarikh jangkaan menyebabkan berisiko tinggi berlaku pendarahan dalam otak bayi tersebut. Pendarahan dalam otak boleh membawa kepada pengumpulan cecair dalam otak yang boleh menyebabkan kepala bayi mengembang.

Kelahiran Pra-Matang: 6 Risiko Komplikasi Mungkin Berlaku Pada Bayi

Cecair yang banyak dan berada dalam tempoh yang lama dalam otak boleh memberi tekanan pada bahagian otak yang lain dan sedikit sebanyak memberi kesan untuk masa yang panjang.

  1. Masalah suhu badan

Suhu bayi yang dilahirkan pra-matang akan cepat jatuh disebabkan tiada lemak di dalam badan untuk memastikan dan memanaskan badan. Berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan, mereka mempunyai cukup lemak memastikan suhu badan stabil.

Suhu badan yang semakin rendah akan mempengaruhi sistem pernafasan bayi dan juga kandungan gula dalam badan. Disebabkan itu, bayi perlu diletakkan dalam inkubutor untuk mendapatkan haba yang secukupnya sehingga keadaan stabil. Selain itu, bayi boleh mendapatkan haba daripada susu ibu yang diberikan melalui tiub yang disediakan.

  1. Sistem percernaan

Bayangkan bayi yang normal dan cukup bulan dilahirkan, saluran percernaan (penghadaman ) hanyalah sebesar sebiji guli sahaja! Kalau bayi yang pra-matang lagi kecil saluran percernaan dan hanya susu ibu sesuai untuk diberikan. Tambahan susu ibu senang dihadam dan mempunyai nutrisi yang diperlukan untuk bayi pra matang.

  1. Masalah sistem immunisasi

Sangat mudah bayi yang dilahirkan pra-matang untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan kebanyakan organ-organ penting dalam badan  masih belum matang sepenuhnya. Disebabkan itu, bayi tidak boleh didedahkan kepada udara kerana terdapat terlalu banyak bakteria-bakteria dalam udara.

Dalam keadaan yang belum stabil, doktor akan menempatkan di NICU untuk memastikan tiada jangkitan kuman berlaku.

Ibu bapa perlu siap bersedia untuk menghadapi keadaan ini samada daripada segi fizikal dan mental. Tambahan ibu baru lepas bersalin dan keadaan badan sangat lemah manakala bayi di dalam NICU. Di sini peranan ayah untuk mengawal keadaan agak lebih tenang dan untuk membantu ibu menyusukan bayi.

Ibu perlu bertenaga untuk mengepam susu badan dan diberikan pada bayi. Pada masa yang sama perlu berulang-alik ke hospital untuk membantu perkembangan bayi.

Boleh saksikan video ini bagaimana untuk bantu naikkan berat badan bayi pra matang.

Supplement Shaklee membantu untuk ibu-ibu yang lepas bersalin untuk kembali bertenaga dan untuk menyusukan badan kepada bayi pra-matang. Supplement Shaklee yang terdiri daripada vitamin boleh diambil sehari selepas bersalin dan tiada pantang larang.

Sumber
Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

 

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee 

Hantar Anak Ke Taska Tetapi Selalu Sakit? Bagaimana Untuk Atasinya
7 Cara Untuk Elak Stroke (Angin Ahmar) Supaya Tidak Cacat Seumur Hidup

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: anak pra matang, diabetes gestasi, kencing manis, kesan bayi pra matang, komplikasi kelahiran pra matang, tanda-tanda kencing manis

Trackbacks

  1. 7 Risiko Mengandung Selepas Umur 40 Tahun | azeniahmad.com says:
    22 December 2015 at 7:46 am

    […] Secara terperincinya saya kongsi di sini 6 Risiko Komplikasi Kelahiran Pra Matang. […]

    Reply
  2. Elakkan Bayi Pramatang Dengan Omega 3 | Vitamin Cerdik says:
    26 January 2018 at 7:00 am

    […] keadaan yang belum stabil, doktor akan menempatkan di NICU untuk memastikan tiada jangkitan kuman […]

    Reply
  3. Cara Naikkan Berat Bayi Pra Matang Dengan Cepat | azeniahmad.com says:
    8 February 2018 at 1:49 am

    […] Boleh tengok disini Komplikasi Kelahiran Anak Pra Matang. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer