Dalam masyarakat kita terutamanya Melayu dan India, halba merupakan salah satu rempah yang digunakan dalam masakan seharian. Terutamanya untuk masak kari kan. Bagi naik aromanya. Hehehe.. Tapi tahukah anda yang halba nie sebenarnya banyak khasiatnya selain untuk masakan?.
Halba ataupun fenugreek ataupun nama saintifiknya adalah Trigonella Foenum-Graecum adalah satu pokok. Bijinya digunakan untuk dimasak ataupun untuk kesihatan badan.
Nutrient yang terdapat dalam halba adalah asid amino, kalsium, asid lemak, folat, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, potassium, selenium, zink dan vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C.
Disebabkan banyak vitamin dan mineral dalam halba, ia digunakan untuk merawat ataupun mencegah penyakit yang kritikal.
Khasiat yang terkandung dalam halba adalah:
1. Selalu kita dengar petua orang lama yang halba membantu untuk mengalakkan aliran susu badan.
Kira untuk bagi susu banyak la.Kerana halba mengandungi phytoestrogens iaitu seakan sama dengan hormon wanita iaitu estrogen untuk meransang pengeluaran susu badan.
2. Halba boleh bantu masalah sengugut
Bagi mereka yang mengalami sengugut, halba yang dipanaskan dijadikan sebagai tuam pada abdomen untuk melegakan kesakitan sengugut.
3. Halba juga mampu untuk membantu diabetes.
Cara bertindak adalah dengan memperlahankan penyerapan guladi dalam perut dan merangsang insulin.
4. Bertindak sebagai julap (laxative) dengan membersihkan dan melancarkan perjalanan dalam usus.
Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit.
5. Mampu mengurangkan demam dan sakit tekak iaitu dengan meminum air rebusan halba.
Selain itu, mampu untuk mengurangkan mukus dalam hidung dan secara tidak langsung mengurangkan masalah resdung dan asma.
6. Boleh kurangkan keradangan ataupun bengkak pada kulit.
Keradangan (inflamation) pada kulit mampu dikurangkan ataupun dilegakan dengan menumbuk lumat halba dan diletakkan pada bahagian yang sakit. Selain itu, masalah bengkak kalenjar pun boleh dirawat.
7. Bagi perokok tegar, halba boleh membantu dalam masalah berhenti merokok.
Boleh amalkan dengan mengambil campuran halba bersama madu. Ia dikatakan mampu untuk mengurangkan ketagihan merokok. Tetapi perlu diambil secara konsisten la yea.
Selain halba, anda boleh lihat di Bagaimana Untuk Hilangkan Ketagihan Merokok untuk masalah mereka yang susah untuk berhenti merokok.
Nota: Tidak digalakkan untuk ibu yang mengandung untuk mengambil halba dalam dose yang berlebihan daripada biasa. Kerana halba boleh mencetuskan kontraksi (meransang rahim) terutamanya diperingkat awal kandungan.
Bagi mereka yang suka untuk mengamalkan petua-petua orang lama, halba salah satu rempah yang boleh digunakan. Bukan sahaja mewangikan masakan kari tetapi banyak kegunaannya untuk merawat sakit seharian kita.
*** Tetapi jika memang jenis tekak tidak tahan bau halba, anda boleh pertimbangan ambil Set Kesihatan Shaklee jika badan tidak sihat.
Sumber:
- New Vitamin Bible by Earl Mindell’s
- Vitamins dan Minerals by Alan H.Pressman
nice entry..Bw here..
jom ke http://sedapnyaresepimama.blogspot.com/
Hehehe..
Tq sudi berkunjung ke blog saya..
Oraite.. 🙂
ohh..
ini rupanya halba fenugreek tu..
ohcikgu menulis…Calonkan GURU kesayangan anda dalam 1BestariNet Teacher Awards 2015
Kalau selalu masak memang tau halba yang mana.
Hehehe.
Banyak manafaat dia tu. Patutlah orang dulu-dulu selalu guna ya..
SaniYunus menulis…Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015
Halba best bau dia kan.
Herba yang salah satu bantu untuk panaskan badan kita.
Ohhh
Semoga membantu..
Baru tahu kebaikannya..baunya besttt sgtt..ehe
Ya best kan.
Semoga membantu
baru tahu khasiatnya, nice sharing
Ira menulis…Selsema Dan Demam Sudah Menjauh
Semoga membantu..
Tq puan.
Saya akan cuba guna kan sebagai khasiat
Moga kencing lawas
Semoga membantu dan lakukan seara konsisten ye.
Banyak kebaikan halba ni..kan. Bolehlah apply mana2 yang simple tu 🙂
Jaja Zaleha menulis…Pengalaman Menggunakan Youth Skincare daripada Shaklee
Banyak sangat khasiat.
Sebab itu boleh jadi macam-macam petua kan..