• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Pantang Bersalin: Mengapa Kena Jaga Kesihatan Rahim?

26 November 2014 By Azeni Ahmad 17 Comments

Proses berpantang merupakan satu tempoh yang sangat penting kepada wanita selepas bersalin. Ini kerana proses tersebut  perlu dijaga dengan teliti dan tekun untuk memastikan badan betul-betul sembuh seperti sediakala.

Sesetengah orang memandang enteng terhadap rawatan yang dilakukan semasa proses berpantang. Hinggakan ada yang boleh pergi berjalan-jalan ataupun hadiri majlis kenduri walaupun baru lepas bersalin tidak sampai sebulan!

Pantang Bersalin: Mengapa Kena Jaga Kesihatan Rahim?

Mengapa Pantang Bersalin Sangat Penting Untuk Dijaga?

Bayangkan perubahan yang besar berlaku terhadap badan wanita semasa mengandung selama 9 bulan. Termasuk proses bersalin walaupun dalam keadaan normal ataupun secara pembedahan. Badan akan berubah 360 darjah apabila mengandung disebabkan perubahan hormon dalam badan.

Saiz badan akan bertukar menjadi dua kali ganda tidak kira samada di pinggul, bahagian perut yang semakin menegang, payudara, peha dan bahagian muka. Semua perubahan ini disebabkan untuk menampung keperluan untuk bayi semasa di dalam kandungan dan untuk proses kelahiran.

Perubahan yang berlaku selama 9 bulan memerlukan masa untuk kembali kepada keadaan normal tetapi dengan cara penjagaan yang betul. Sebab itulah, orang-orang lama sangat mementingkan kualiti yang dijaga semasa proses berpantang.

Rahim adalah antara organ wanita yang paling penting untuk dijaga semasa dalam pantang. Selepas melahirkan anak, rahim masih dalam keadaan mengembang dan kesihatan ibu masa itu memang sangat lemah.

Disebabkan itulah, apa-apa rawatan lebih menjurus untuk kesihatan rahim kemudian dikuti dengan bahagian tubuh yang lain.

Antara penjagaan rahim yang dilakukan semasa dalam pantang adalah:

1. Kunyit Hidup Untuk Mengecutkan Rahim

Paling penting untuk memastikan rahim wanita betul- betul mengecut dan tidak ‘bentan’. Wanita yang selalu tidak sihat disebabkan masalah dalamannya iaitu rahim tidak berada pada posisi yang betul ataupun rahim membengkak.

Rahim bengkak dikaitkan dengan urat-urat sekelilingnya yang tegang membuatkan wanita itu sendiri tidak selesa.

 
Pantang Bersalin: Mengapa Kena Jaga Kesihatan Rahim?

Salah satu rawatan orang-orang lama untuk mengecutkan rahim adalah dengan minum air kunyit hidup selama 3 hari berturut-turut.

Kalau untuk kesan yang lebih baik, dilakukan selama seminggu. Bau dan rasa air kunyit memang tak dapat diterima oleh tekak bagi sesetengah orang.

Tetapi sangat mujarab dan kebiasannya wajib diamalkan dalam kalangan orang Jawa.

2. Pengambilan Herba Untuk ‘Memanaskan’ Rahim

Rahim wanita akan mengecut secara semulajadi selepas 2 minggu bersalin. Walaupun boleh mengecut semulajadi, tetapi kita perlu pastikan rahim dalam keadaan kuat dan sihat.

Amalkan dalam pantang dengan mengambil herba untuk memanaskan dan mengecutkan rahim.

Tetapi perlu diingat herba boleh menganggu proses penyusuan badan kerana tidak semua bayi tahan dengan ‘kepanasan’ herba tersebut. Jika tidak selesa dengan keadaan susu ibunya, bayi akan mudah menangis dan kembung perut.

Selain herba, vitamin juga mampu untuk bantu rahim mengecut dengan pengambilan multivitamin, bcompleks dan Vitamin C. Walaupun vitamin-vitamin ini tidak bersifat ‘panas’ tetapi ia mengandungi semua nutrisi yang sangat diperlukan oleh badan selepas bersalin.

Boleh ambil vitamin untuk bantu kesihatan rahim iaitu Set Pantang.

3. Proses Mengurut Untuk ‘Naikkan’ Rahim

Proses penyembuhan bukan setakat dalaman sahaja tetapi luaran perlu diutamakan iaitu dengan mengurut. Mengurut keseluruhan badan bertujuan untuk melembutkan urat saraf yang tegang selama 9 bulan dan paling penting untuk ‘menaikkan’ posisi rahim pada kedudukan asalnya.

 
Pantang Bersalin: Mengapa Kena Jaga Kesihatan Rahim?

Rahim wanita akan tergelincir ataupun semakin menurun mengikut graviti apabila kandungan semakin membesar. Ditambah dengan proses meneran semasa bersalin memang rahim akan ‘turun’.

Untuk mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, boleh lihat review tukang urut terbaik iaitu Tukang Urut Terbaik di KL dan Selangor.

Untuk kesan yang baik, mengurut selama tiga hari berturut-turut dalam minggu pertama selepas bersalin. Kemudian mengurut pada penghujung waktu pantang iaitu hari ke 44 ataupun 45. Sesetengah orang memanggil proses ‘mengunci’ rahim supaya rahim tidak ‘jatuh’.

 

Proses penjagaan dalam pantang sangat penting untuk wanita kerana ia secara langsung akan mempengaruhi kesihatan untuk masa panjang. Badan akan mudah letih dan lesu, selalu akan demam-demam dan paling penting akan menganggu hubungan intim suami isteri.

Semoga memberi manfaat sesama kita..

Petua Untuk Sembuhkan Batuk dan Selesema Kanak- Kanak Secara Alami
7 Khasiat Halba (Fenugreek) Yang Wajib Anda Tahu

Related

Filed Under: Penjagaan Kesihatan, Petua Tagged With: herba untuk kuatkan rahim, kunyit untuk panaskan rahim, mengurut untuk kuatkan rahim, Penjagaan rahim selepas bersalin, petua orang tua untuk jaga rahim, set pantang, vitamin untuk kuatkan rahim

Comments

  1. malaysiatercinta.com says

    27 November 2014 at 4:20 pm

    Post yang sarat dengan ilmu. Di samping herba dan urut, vitamin juga bagus untuk kesihatan
    selepas bersalin.

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      28 November 2014 at 5:47 am

      Heheheh… Semoga membantu..
      Vitamin pun boleh diamalkan bg mereka yang tidak suka herba..

      Reply
  2. yoorin melacolea says

    27 November 2014 at 4:48 pm

    berurut tu paling best & penting.. lega badan lepas berurut..

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      28 November 2014 at 5:48 am

      Best sangat lepas berurut walaupun sakit…

      Reply
  3. Azman says

    1 December 2014 at 10:09 am

    Orang sekarang jarang dah nak berpantang mcm Mak2 kita dulu, mungkin perubahan zaman kut.

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      11 December 2014 at 5:39 pm

      Orang sekarang ambil mudah. Mungkin tak rasa kesan lagi tue tak kisah tue..

      Reply
  4. Pondok Papan says

    1 December 2014 at 7:38 pm

    Bab ni…memang nak kena jga dn cakna dengan baik..

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      11 December 2014 at 5:40 pm

      Memang la.. Badan pun memang nak pakai lama. So memang waktu pantang kena jaga betul2..

      Reply
  5. blogger lelaki says

    2 December 2014 at 7:08 pm

    orang sekarang rasanya dah tak berpantang macam orang dulu-dulu…orang tua-tua dulu tegas lain macam..sebab itu emak-emak kita terpaksa ikut je cakap orang tua..sampai ke generasi sekarang semuanya dah ditinggalkan..dah moden kan…hu3..apa-apa pun vitamin shaklee bagus untuk kesihatan

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      11 December 2014 at 5:41 pm

      Hehehe.. Vitamin memang vitamin jugak tetapi bab jaga kesihatan wajib kena buat gak.. petua orang lama memang bagus kita ikut..

      Reply
  6. shafwan says

    6 December 2014 at 10:14 pm

    perlu jaga..bukan main2..pentingg

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      11 December 2014 at 5:41 pm

      Pentingggggg sangat kan.. Kena bantu sama2 la dalam pantang kan.. ehehe..

      Reply
  7. sara says

    5 April 2017 at 11:47 am

    setuju..masa pantang memang kena jaga dengan baik sebab masa tu lah badan kita nak regain balik .tak kisah cara moden atau tradisional

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:38 am

      Nak bagus buat bertungku dan mengurut tradisional tue.
      Memang rahim akan sihat dan kuat.

      Reply
  8. maznah Jismil says

    8 November 2017 at 8:25 pm

    Tq share info.

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:38 am

      Semoga boleh membantu..

      Reply

Trackbacks

  1. 3 Cara Cepat Sembuhkan Luka Pembedahan Bersalin says:
    12 June 2017 at 12:08 am

    […] ibu digalakkan makan makanan yang kaya dengan protein, mineral dan vitamin seperti oat, halia, kunyit, almond, ikan, susu rendah lemak, sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan bijan putih atau hitam. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer