• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

7 Khasiat Halba (Fenugreek) Yang Wajib Anda Tahu

20 August 2014 By Azeni Ahmad 16 Comments

Dalam masyarakat kita terutamanya Melayu dan India, halba merupakan salah satu rempah yang digunakan dalam masakan seharian. Terutamanya untuk masak kari kan. Bagi naik aromanya. Hehehe.. Tapi tahukah anda yang halba nie sebenarnya banyak khasiatnya selain untuk masakan?.

Pokok Halba

Halba ataupun fenugreek ataupun nama saintifiknya adalah Trigonella Foenum-Graecum adalah satu pokok. Bijinya digunakan untuk dimasak ataupun untuk kesihatan badan.

Nutrient yang terdapat dalam halba adalah asid amino, kalsium, asid lemak, folat, zat besi, magnesium, mangan, fosforus, potassium, selenium, zink dan vitamin B1, B2, B3 dan vitamin C.

Disebabkan banyak vitamin dan mineral dalam halba, ia digunakan untuk merawat ataupun mencegah penyakit yang kritikal.

Biji Halba

Khasiat yang terkandung dalam halba adalah:

1. Selalu kita dengar petua orang lama yang halba membantu untuk mengalakkan aliran susu badan.

Kira untuk bagi susu banyak la.Kerana halba mengandungi phytoestrogens iaitu seakan sama dengan hormon wanita iaitu estrogen untuk meransang pengeluaran susu badan.

2. Halba boleh bantu masalah sengugut

Bagi mereka yang mengalami sengugut, halba yang dipanaskan dijadikan sebagai tuam pada abdomen untuk melegakan kesakitan sengugut.

3. Halba juga mampu untuk membantu diabetes.

Cara bertindak adalah dengan  memperlahankan penyerapan guladi dalam perut dan merangsang insulin.

4. Bertindak sebagai julap (laxative) dengan membersihkan dan melancarkan perjalanan dalam usus.

Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah sembelit.

5. Mampu mengurangkan demam dan sakit tekak iaitu dengan meminum air rebusan halba.

Selain itu, mampu untuk mengurangkan mukus dalam hidung dan secara tidak langsung mengurangkan masalah resdung dan asma.

6. Boleh kurangkan keradangan ataupun bengkak pada kulit.

Keradangan (inflamation) pada kulit mampu dikurangkan ataupun dilegakan dengan menumbuk lumat halba dan diletakkan pada bahagian yang sakit. Selain itu, masalah bengkak kalenjar pun boleh dirawat.

7. Bagi perokok tegar, halba boleh membantu dalam masalah berhenti merokok.

Boleh amalkan dengan mengambil campuran halba bersama madu. Ia dikatakan mampu untuk mengurangkan ketagihan merokok. Tetapi perlu diambil secara konsisten la yea.

Selain halba, anda boleh lihat di Bagaimana Untuk Hilangkan Ketagihan Merokok untuk masalah mereka yang susah untuk berhenti merokok.

 

Nota: Tidak digalakkan untuk ibu yang mengandung untuk mengambil halba dalam dose yang berlebihan daripada biasa. Kerana halba boleh mencetuskan kontraksi (meransang rahim) terutamanya diperingkat awal kandungan.

Bagi mereka yang suka untuk mengamalkan petua-petua orang lama, halba salah satu rempah yang boleh digunakan. Bukan sahaja mewangikan masakan kari tetapi banyak kegunaannya untuk merawat sakit seharian kita.

*** Tetapi jika memang jenis tekak tidak tahan bau halba, anda boleh pertimbangan ambil Set Kesihatan Shaklee jika badan tidak sihat.

Sumber:

  1. New Vitamin Bible by Earl Mindell’s
  2. Vitamins dan Minerals by Alan H.Pressman
Pantang Bersalin: Mengapa Kena Jaga Kesihatan Rahim?
Khasiat dan Kelebihan Buah Barli

Filed Under: Petua Tagged With: halba kurangkan sengugut, halba untuk banyakkan susu badan, halba untuk hilangkan ketagihan merokok, halba untuk pesakit diabetes, halba untuk sembelit, Khasiat halba

Comments

  1. aman adha says

    15 October 2014 at 6:17 pm

    nice entry..Bw here..
    jom ke http://sedapnyaresepimama.blogspot.com/

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      16 October 2014 at 9:10 am

      Hehehe..
      Tq sudi berkunjung ke blog saya..
      Oraite.. 🙂

      Reply
  2. ohcikgu says

    19 April 2015 at 7:00 am

    ohh..

    ini rupanya halba fenugreek tu..
    ohcikgu menulis…Calonkan GURU kesayangan anda dalam 1BestariNet Teacher Awards 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      20 April 2015 at 4:34 pm

      Kalau selalu masak memang tau halba yang mana.
      Hehehe.

      Reply
  3. SaniYunus says

    25 May 2015 at 7:25 am

    Banyak manafaat dia tu. Patutlah orang dulu-dulu selalu guna ya..
    SaniYunus menulis…Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      31 May 2015 at 4:26 pm

      Halba best bau dia kan.
      Herba yang salah satu bantu untuk panaskan badan kita.

      Reply
  4. yamemory says

    5 August 2015 at 9:59 pm

    Ohhh

    Reply
    • azeni says

      6 August 2015 at 5:41 pm

      Semoga membantu..

      Reply
  5. Linie says

    27 October 2015 at 6:05 pm

    Baru tahu kebaikannya..baunya besttt sgtt..ehe

    Reply
    • azeni says

      9 November 2015 at 11:46 pm

      Ya best kan.
      Semoga membantu

      Reply
  6. Ira says

    29 December 2016 at 4:21 pm

    baru tahu khasiatnya, nice sharing
    Ira menulis…Selsema Dan Demam Sudah MenjauhMy Profile

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:40 am

      Semoga membantu..

      Reply
  7. Yusof says

    1 November 2017 at 8:37 am

    Tq puan.
    Saya akan cuba guna kan sebagai khasiat
    Moga kencing lawas

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:40 am

      Semoga membantu dan lakukan seara konsisten ye.

      Reply
  8. Jaja Zaleha says

    29 May 2018 at 7:29 am

    Banyak kebaikan halba ni..kan. Bolehlah apply mana2 yang simple tu 🙂
    Jaja Zaleha menulis…Pengalaman Menggunakan Youth Skincare daripada ShakleeMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 June 2018 at 7:28 pm

      Banyak sangat khasiat.
      Sebab itu boleh jadi macam-macam petua kan..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital