• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Roti Piza : Menu Sihat dan Murah

8 March 2015 By azeni 22 Comments

Aku adalah pengemar pizza. Memang suka sangat makan pizza tak kira Pizza Hut ke Domino Pizza. Pizza adalah menu fast food kami sekeluarga antara yang kerap dimakan bila keluar.

Nak cakap kerap sangat tidak lah. Tetapi berbanding fast food yang lain yang lebih kepada bergoreng, memang sangat-sangat jarang la.

Dah ada anak-anak, memang kena jadi selective sikit bab makan fast food. Kurang sihat dan harga yang dibayar pun kurang berbaloi dengan khasiat yang kita dapat kan.

Sekurang-kurangnya pizza dibakar dan ramuannya menyihatkan. Tetapi kalau buat sendiri pizza kan lebih baik. Mudah, murah, bersih, mengenyangkan dan paling penting menyihatkan.

Jom tengok antara resipi yang aku dapat di encik google. Sharing daripada yanmieonline.com.

Bahan-bahan Roti Piza:

1. Roti gardenia/ Massimo / High 5 ikut masing-masing

2. Sos pasta

3. Cheese

Boleh gunakan sekeping ataupun dipotong bahagian yang kecil.

3. Boleh guna fishball ke crabball ke hotdog ke pun boleh. Tak kisah.

Untuk kali ini, fishbal dan crabball di gunakan.

4. Cili benggala

Dipotong kecil-kecil dan nipis.

5. Bawaang besar di potong nipis-nipis

Cara membuatnya:

i. Goreng dahulu fishball dan crabball. Dipotong nipis-nipis ikut kesesuaian untuk letak atas roti dan untuk dimakan.

ii. Sapukan roti dengan sos pasta. Sapu ala-ala sapu mentega tue.

iii. Susunkan fishball, crabball, cili benggala dan bawang atas roti .

iv. Letak cheese atas susunan tadi.

v. Bakar guna pemanggang ajaib dan letak minyak zaitun sedikit hinggakan cheese cair dan roti dibakar.

Menu roti piza homemade, cara membuat roti pizza

Lelehan cheese menambah kesedapan

Taraaaa…

Dah siap.

Mudah sesangat. Dan bahan-bahan yang digunakan semuanya memang ada di rumah kan.

Tapi rasanya tak lah sama macam kat Pizza Hut ke Domino kan. Cuma rasa piza homemade la. Hehe.

Bahan-bahan diatas boleh lah dipelbagaikan untuk setiap kali hendak masak. Ikut pada selera masing-masing.

Menu yang simple dan sihat.

Anak-anak pun suka makan. Makayah lagi suka. Hehehe.

Kalau untuk berdiet memang sesuai sangat masak menu ini.

Selamat mencuba.

Rumah Untuk Dijual Teres 2 Tingkat Di Saujana Utama, Sungai Buloh
Lempeng Cicah Kari Mengamit Kenangan

Filed Under: personal Tagged With: cara buat pizza dirumah, menu makanan rendah karbohidrat, menu pizza, Menu roti piza sihat dan mudah, menu untuk berdiet, Resipi Roti pizza

Comments

  1. Nik Thoha says

    8 March 2015 at 6:04 pm

    Saya pun suka makan pizza tapi bila ada orang belanja je. Nak beli sendiri kena fikir 2 3 kali dulu.. hehe
    Nik Thoha menulis…Sedekah Membantu Memudahkan UrusanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      10 March 2015 at 3:29 pm

      Ala sekarang promosi Rm5 kan.
      Murah tue.

      Reply
  2. Yeen says

    8 March 2015 at 9:05 pm

    Yezza.. btol.. fast food yang aku rase paling healthy, pizza la lot. plus, bleh tarok sayer, topping2 pillion sender hehehe.. TQ for sharing 🙂
    Yeen menulis…sukaNYA terpilih untuk New York Marathon November 2015!My Profile

    Reply
    • azeni says

      10 March 2015 at 3:30 pm

      Kan.
      Suka sangat plus ia menyihatkan.
      Jemput mencuba yea.

      Reply
  3. SaniYunus says

    9 March 2015 at 8:54 pm

    Baguslah idea ni..Boleh cuba ni..ingat nak tambah nenas sikit ada rasa manis-manis sikit….Ingat nak kongsi kat fan page boleh ka??
    SaniYunus menulis…10 Perbezaan Penjaja Miskin Dengan Penjaja KayaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      10 March 2015 at 3:31 pm

      Aha.
      Boleh tambah nenas next buat roti piza.
      Sedap lagi kalau tambah nenas kan.
      Boleh nak kongsi.
      Dibenarkan untuk perkongsian bersama.

      Reply
  4. Niza Yusof says

    9 March 2015 at 11:24 pm

    bestnyer…belum pernah cuba lagi buat style nie… thanks for the recipe..nampak mudah dan ringkas… apa yang penting rasanya..hihi
    Niza Yusof menulis…Tanggal Sel Kulit Mati dan Mekap Dengan Make Up Remover ShakleeMy Profile

    Reply
    • azeni says

      10 March 2015 at 3:32 pm

      Hihi.
      Try la.
      Simple dan senang sangat la.

      Reply
  5. titan says

    10 March 2015 at 6:46 am

    nak dapat cheese halal tu yang malas nak carik.

    haha..
    titan menulis…Contest Petua dan Herba KongsibersamanoraMy Profile

    Reply
    • azeni says

      10 March 2015 at 3:33 pm

      Ala boleh je kalau taknak letak cheese.
      Asal mana yang boleh la.
      Pun sedap jugak.

      Reply
      • titan says

        11 March 2015 at 5:50 pm

        tak leh. kalau piza, mesti ada cheese. takde cheese, bukan piza namanya.
        titan menulis…Contest Petua dan Herba KongsibersamanoraMy Profile

        Reply
        • azeni says

          12 March 2015 at 6:10 pm

          Hahaha.
          Memang pun.
          Wajib ada cheese baru umphhh..

          Reply
  6. nurru adila says

    10 March 2015 at 3:44 pm

    bagus ni.. sos pasta tu yg bolognaise punya ya?

    Reply
    • azeni says

      10 March 2015 at 4:13 pm

      Yup pakai sos pasta biasa untuk makan dengan spageti tue.

      Reply
  7. Datin Tyka says

    12 March 2015 at 8:19 am

    uih sedap ni.. kena cuba..
    Datin Tyka menulis…Hilang Dari RadarMy Profile

    Reply
    • azeni says

      12 March 2015 at 6:13 pm

      Wajib cuba nie.
      Sesuai sangat kalau nak diet nie.

      Reply
  8. Travelog Siti says

    14 March 2015 at 12:46 am

    Betul pasal fast foods ni kita kena lebih selective. Tapi, sebenarnya, process foods seperti sosej, crabmeat, fishball dan seumpamanya juga sangat tidak bagus untuk kesihatan. Mungkin kita boleh masak ayam potong kecil-kecil dan bakar/masak hingga kering air sebagai ganti kepada process foods untuk diletakkan atas pizza. Ianya juga lebih segar 🙂
    Travelog Siti menulis…RM786 Tiket murah ke JepunMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 March 2015 at 7:01 pm

      Memang pun siti.
      Kalau sempat dan boleh buat digalakkan sangat buat sendiri kan.
      Lebih telus dan sihat.

      Reply
  9. Ikhwan Fahmi says

    14 March 2015 at 3:21 am

    buat sendiri lagi puas hati.
    Ikhwan Fahmi menulis…3 Sebab Sukar Faham Bacaan Al-QuranMy Profile

    Reply
    • azeni says

      22 March 2015 at 7:15 pm

      Memang puas hati buat sendiri.
      Letak rencana banyak2 kan.

      Reply
  10. Lina Hamizah says

    23 March 2015 at 4:11 pm

    Sedapnya.. Thanks resepi.. boleh try nanti..

    Btw.. done follow ^_^
    Lina Hamizah menulis…Nak Hilangkan Batuk Berkahak Anak Anda?My Profile

    Reply
    • azeni says

      25 March 2015 at 11:51 pm

      Boleh cuba lina.
      Simple dan senang sangat la.
      Plus anak2 pun suka jugak.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital