• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Azam Baru Untuk Tahun 2017

4 January 2017 By azeni 7 Comments

Sudah memasuki hari ke 4 dalam tahun 2017. Tak terlewat untuk saya ucapkan selamat tahun baru untuk pembaca blog azeniahmad.com.

Tahun yang diura-urakan dengan pelbagai spekulasi tentang ekonomi yang merudum dan tak stabil kan.

Azam 2017

Dengan peluang pekerjaan yang semakin terhad, membuatkan ramai yang graduated terpaksa menggangur. Dengan pula skim yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun pihak separa kerajaan ataupun syarikat GLC yang panjangkan tempoh pensaraan membuatkan peluang kerja semakin kurang kan.

Terlalu banyak cabaran untuk anak-anak muda.

Tetapi ramai akan lebih berjaya dengan keadaan ekonomi yang dikatakan suram, membuka banyak peluang business kan.

Tahun 2017, ini perancangan saya lebih rapi untuk kembangkan business saya. Buat business di kala ekonomi sebegini?

Boleh laku ke?

Ada orang nak beli ke?

Boleh berjaya ke?

Hehehe…

Persoalan bagi mereka yang hanya melihat tanpa mencuba dulu. Kalaupun mencuba tetapi kaedah yang tidak sesuai menyebabkan terkandas di tengah jalan.

Untuk kembangkan business ini, saya perlu keluar daripada zon selesa saya sendiri. Tidak perlu nak bersaing dengan orang lain untuk menunjukkan kehebatan.

Tetapi memandai untuk buktikan pada diri sendiri dan membantu business partner dalam group kami mencapai impian masing-masing.

Tahun 2017, insyallah akan ada pertambahan ahli keluarga. Hanya menunggu masa sahaja. Pasti jadual masa berubah kan.

Dengan anak yang sulung pun masuk sekolah, membuatkan saya harus lebih berdisplin tinggi untuk ikut jadual harian. Bukan mudah tau untuk WAHM (Work At Home Mom) nak ikut jadual sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya membuatkan lebih teratur kan.

Beli buku lebih daripada 2 buku untuk meransang tabiat membaca

Selain itu, saya target untuk habiskan buku dalam 24 buku setahun. Maksudnya 2 buah buku dalam sebulan untuk memangkin pengetahuan baik untuk info kesihatan, motivasi ataupun tentang business. Bina jambatan ilmu dengan membaca kan.

Jom jadikan membaca sebagai habit. Boleh lihat disini Cara Paksa Diri Untuk Membaca.

Paling penting, saya merancang untuk melakukan VLOG iaitu buat video untuk di muatnaik ke Youtube. Sebagai salah satu cabang pemasaran saya. Kena pelbagaikan untuk memastikan info kesihatan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Mudahan.

Azam 2017 VLOG

Sangat mencabar bagi saya untuk bercakap secara video. Kerana saya sangat gugup dan gemuruh hingga tune suara akan berubah jadinya. Tetapi itu yang membuatkan kita ingin melawan kan.

Bila kita tidak gemuruh bercakap depan orang ramai, akan menyebabkan keyakinan kita akan meningkat. Itu paling penting untuk kita buat business kan.

Semoga dipermudahkan.

So azam anda macamana untuk tahun 2017?

Jom kongsikan bersama di ruangan komen bawah. Selamat Tahun Baru 2017.

Buku Tentang “I Moved Your Cheese”. Relevan Ke?
Home Schooling: Satu Penemuan Pendidikan Berkesan

Related

Filed Under: Santai Tagged With: 2017, Azam Baru

Comments

  1. SN Farhana says

    5 January 2017 at 10:45 am

    Good luck azeni..

    Reply
    • azeni says

      23 March 2017 at 2:29 am

      Thanks nana.

      Reply
  2. Ira says

    5 January 2017 at 3:50 pm

    selamat tahun baru 2017 dan moga dapat capai azam baru. moga dapat sama2 berjaya dalam bisnes dan kehidupan ye.
    Ira menulis…Kembali Sihat Setelah 7 Hari Mencuba ShakleeMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 March 2017 at 2:29 am

      Insyallah.
      Sama-sama kita.

      Reply
  3. titan says

    14 January 2017 at 3:24 am

    nak keluar dari zon tu yang malas.

    dah selesa sangat.
    titan menulis…A Fullmetal HeartMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 March 2017 at 2:30 am

      Hihi..
      Suka duk dalam comforter sama kot.
      Kekeke.

      Reply
  4. Ainul says

    7 April 2017 at 5:22 pm

    Kami doakan Azeni berjaya dan terus berjaya
    Ainul menulis…Cara Mengecilkan Ovari Cyst Secara Semulajadi Tanpa PembedahanMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer