• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Buku Tentang “I Moved Your Cheese”. Relevan Ke?

7 January 2017 By azeni 8 Comments

Mungkin ramai sangka buku hasil tulisan Deepak Malhotra iaitu I Moved Your Cheese adalah kesinambungan daripada “Who Moved My Cheese” kan.

Rupanya tidak.

Buku I Moved Your Cheese lebih kepada ulasan buku Who Moved My Cheese. Agak menarik garapan yang dilakukan dan cuba buka minda bahawa kita perlu seiring dengan perubahan sekeliling kita.

Boleh baca ulasan ataupun summary untuk buku Who Moved My Cheese yang saya tulis sebelum ini.

Buku ini menceritakan juga tentang 3 ekor tikus yang unik iaitu Max, Zed dan Big yang hidup dalam pagar sesat. Pagar sesat diumpamakan untuk lembah keju yang sentiasa wujud sejak dahulu lagi.

Bila kita berhadapan adat kebiasaannya, budaya sosial yang kuat, kekurangan sumber info sepatutnya menyebabkan kita hanya mengikut arus sahaja. Tapi cuba untuk memahami pengerakan arus dan bagaimana untuk menongkah arus tersebut kan.

Review I Moved Your Cheese

Sumber

Secara tidak langsung, kita merendahkan keupayaan diri sendiri ataupun langsung tidak mencuba untuk membuka potensi yang ada dalam diri sendiri.

Ada suatu keadaan di mana Big menggunakan kekuatan fizikalnya untuk menolak Max naik lompat melepasi tembok yang menjadi sempadan semua tikus-tikus.

Dan memang berjaya.

Keyakinan diri digabungkan dengan usaha fizikal tanpa henti, pasti membuahkan hasil.

Sikap Max yang suka dan terlalu berfikir tentang persekitarannya membuatkan dia lain daripada yang lain. Hidup bukan sekadar bangun setiap hari, pergi mencari keju yang masih ada. Beralah dengan keadaan yang sedia ada apabila keadaan itu adalah adat yang diperturunkan.

Tidak boleh mempersoalkan apa yang sedia disekeliling ataupun cuba memandai-mandai untuk menongkah arus.

Penceritaan ini juga sesuai untuk mereka yang:

1. Bekerja keras dan mencari kejayaan dalam hidup dan pekerjaan. Tetapi masih bergelumbang dalam mencari makna dan kepuasan dalam bidang yang dilakukan.

2. Mereka yang terpaksa mngikut gaya hidup yang bukan pilihan sendiri.
3. Mereka yang menganggap kejayaan bukan sahaja menukar cara lama bagi melakukan sesuatu tetapi mahukan cara yang berbeza dan baru.
4.Yang mahukan inspirasi untuk berfikir tentang apa yang mereka lakukan. Dan inginkan buat sesuatu untuk lebih berjaya.

Ada ketika baca buku ini yang hanya bermukasurat 70 sahaja, membuatkan kita tersenyum. Hehehe.

Apa kaitan relevan atau tidak?

Maksudnya relevan antara buku Edisi Who Moved My Cheese dengan Edisi I Moved Your Cheese, saya lebih suka membaca buku Edisi Who Moved My Cheese kerana ia menerangkan terperinci dan terkait dengan personaliti.

Ini ulasan daripada saya. Masing-masing ada ulasan tersendiri kan. Hehe.

Terima kasih sudi membaca ulasan saya yang tidak seberapa tentang buku ini.

Lexis Port Dickson: Destinasi Ideal untuk Percutian Hebat
Azam Baru Untuk Tahun 2017

Related

Filed Under: Santai Tagged With: I Moved Your Cheese, Review buku, who moved my cheese?

Comments

  1. Ira says

    9 January 2017 at 4:12 pm

    dah baca buku nih, memang bagus pun sebab dapat nampak lebih jelas lagi tentang personaliti diri
    Ira menulis…Hanya RM2.48~Mampu Beri Makanan Terbaik Untuk Tulang, Gigi Dan SarafMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 March 2017 at 2:24 am

      Bergantung pada kita kan.

      Reply
  2. titan says

    14 January 2017 at 3:34 am

    dah baca dah buku tu.

    releven atau tidak, tengok pada pembaca.
    titan menulis…A Fullmetal HeartMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 March 2017 at 2:25 am

      Pendek kata pada orang yang membaca.
      Huhu.

      Reply
  3. Ikhwan says

    15 January 2017 at 6:27 pm

    Pendapat masing masing, ada yang sama ada yang berbeza 🙂
    Ikhwan menulis…5 Sebab Untuk Anda Memandu Dengan UberMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 March 2017 at 2:25 am

      Hihi.
      Sangat betul tue.

      Reply
  4. Wan Zawawi says

    12 February 2017 at 12:11 pm

    Sudah lama tak baca bulu macam ni,nanti boleh la cari
    Wan Zawawi menulis…Kereta Oh KeretaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 March 2017 at 2:26 am

      Nipis je buku nie.
      3-4 hari pun dah habis baca.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer