Negara Jepun.
Adalah satu negara yang sangat asli (original) bagi aku. Kerana Jepun antara negara yang betul-betul membangun dan maju mengikut acuannya sendiri tanpa pengaruh daripada luar.
Kalau sebut negara Jepun, secara spontannya mesti kepala aku memikirkan tentang:
1. Cerita Doraemon ataupun Ultraman yang sehingga kini masih relevan untuk ditengok.
2. Kereta yang popular kat Malaysia Honda ataupun Toyota. Malah kereta Jepun pun boleh standing dengan kereta daripada Eropah kan.
3. Sejarah dunia bila bom atom gugur di Hiroshima dan Nagasaki 65 tahun yang lepas.
4. Sushi. Makanan tradisinya hinggakan wajib ada di setiap tempat di Malaysia
5. Teknologi keretapi terlaju ataupun Bullet Train.
6. Orang Jepun adalah jenis tepati masa. Sentiasa berkejar dengan masa.
7. Sumo. Sukan Jepun yang sangat popular.
8. Budaya tunduk hormat bila jumpa orang lain. Ia dipanggil Ojigi dalam bahasa Jepun.
9. Baju kimono. Pakaian tradisional masyarakat Jepun.
10. Bunga sakura yang sangat cantik.
Itulah identiti Jepun yang tiada pada negara lain. Jadi tidak hairan la apabila Tun Mathathir pun sendiri membuat dasar dalam negara kita untuk “Pandang ke Timur” iaitu mencontohi negara Jepun.
Disebabkan itu, Jepun termasuk dalam negara yang aku ingin lawati. Ingin melihat dengan mata sendiri identiti mereka. Malah Jepun juga memiliki tempat perlancongan yang menarik tidak kira la waktu musim salji, luruh, bunga mahupun musim panas.
Japan Budget Trip menawarkan pakej perlancongan ke Jepun dengan harga yang berbaloi.
Pakej Perlancongan Ke Jepun
JAPAN BUDGET TRIP (JBT) 2015: SNOW & SAKURA
Pakej ini akan diadakan pada 27 March- 1April 2015 selama 6 hari ke Tokyo.
Antara aktiviti-aktiviti menarik di Tokyo, Jepun adalah:
- Melawat ke Disneyland Tokyo (Bukan kanak-kanak sahaja tetapi yang dewasa pun teruja juga kan. Bukan setakat Mickey Mouse tapi semua kartun Disneyland pun ada)
- Gala Yuzawa (Resort untuk bermain jet ski)
- Karuizawa Shopping Plaza (Tempat untuk bershopping sakan sebelum berangkat balik)
Untuk yang berminat boleh mendaftar di JAPAN BUDGET TRIP (SNOW & SAKURA)
Bagi yang mendaftar secara berkumpulan, harga lebih murah ditawarkan.
TETAPI jika anda inginkan satu tiket percuma ke Jepun boleh sertai contest ini dengan mengikuti syarat-syarat di Contest Pakej Perlancongan ke Jepun.
Penaja Utama : Japan Budget Trip
Penaja Bulanan/Saguhati
Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT
Hadiah Bulanan:
Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30
Jom bercuti ke Jepun.
sememangnya negara kita lebih terarah ke jepun sebad dasar pandang ke Timur yang dibawa oleh kerajaan pada tahun 80-an dulu
blogger lelaki menulis…Malaysia Best Blog 2015
Memang pun. Negara kita banyak dipengaruhi dengan cara Jepun.
Malah Tun M sendiri apply dalam pentadbiran seperti sistem 5S kan.
semoga berjaay dalam contest nie..manalah tau dapat pergi jepun free kan
blogger lelaki menulis…Malaysia Best Blog 2015
Insyallah.
Insyallah kat blog mana tau kan.
kalau dapat pergi ke Jepun dengan percuma..memamng best sangat-sangat..
Hanafi Abdullah menulis…Panduan Untuk Kaya Yang Diberkati
Hehehe. Memnag la best kalau percuma.
Jom la join contest.
Mana tau tuah ayam nampak di kaki tuah manusia nampak di blog kan.
Terima kasih kerana meyertai 🙂
JBT Rafidi menulis…Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA
Semestinya saya wajib sertai,
antara negara idaman mak jemah jugak ni. tak salah lagi doraemon memang menjadi kegilan mak jemah satu masa dahulu.
sekrang ni anak-anak tak tengok doraemon maka maknya tak boleh tumpang sekaki..
Mak Jemah Jual Vitamin menulis…The Foodies Cafe Putra Heights
Ouhh Mak Jemah pun kaki Doraemon yea.
Saya kaki upin ipin.
Hihihi
gi sana nak cari pelukis komik death note dan toriko.
titan menulis…Jom Aktifkan Mykad
Takut la nak jumpa pelukis komik death note tue.
Macam ngeri je.
Huhuhu
la.
bukannya makang orang pun.
diorang makan gak nasi hari-hari.
titan menulis…Jom Aktifkan Mykad
Hahaha.
Ala baik cari pelukis Initial D la.
Best kot.
Tentang jepun saya cuma suka siri anime dan manga sahaja, Tentang orangnya sakit hati apabila juruteknik mereka dihantar kesini , mereka nak guna bahasa mereka sahaja BI pun tak reti , sudah nya buat kerja macam itik dan ayam
onlajer menulis…Cara Paling Murah untuk Bakar Lemak Dengan Pantas
Hahaha.
Itu yang bagusnya tentang Jepun.
Orang kena belajar bahasa mereka.
Mereka sangat berbangga dengan bahasa ibunda mereka.
Malah tak faham bahasa Inggeris pun kan.
Pernah kenal seorang jepun yg sgt fasih berbahasa Indonesia… bila ditanya, kenapa dia fasih berbasaha Indonesia, jwpnnya sbb pernah bertugas lama di Indonesia… persoalannya, kenapa bila Jepun dtg Malaysia ta boleh berbahasa Malaysia? mungkin sbbnya adalah Indonesia juga adalah org yg sgt berbanggan dgn bahasanya, jadi Jepun tu pun kena belajar Bahasa Indonesia atas faktor kerja 🙂
JBT Rafidi menulis…Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA
Orang Indonesia memiiki patriotik yang agak tinggi.
Tak mustahil kalau kena belajar bahasa mereka.
Hadiah memang best ni. Kalau dapat pi musim sejuk lagi syok lah agaknya.
Denaihati menulis…Malaysia Best Blog 2015
Memang best pun.
Dapat main snow dengan bunga sakura.
Kalau Tuan DH join contest lg syok 🙂
JBT Rafidi menulis…Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA
di jepun ada watak kamen rider dan ultraman yang popular di serata dunia.
Ikhwan Fahmi menulis…Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa Perubatan
Watak legend dah tue.
Dan berpuluh tahun kot tapi masih ditengok kan.
Hanya di Jepun sahaja.
Ada satu lg watak yg seakan dilupakan… Captain Future 🙂
JBT Rafidi menulis…Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA
indah bumi mereka semua rasa nak teroka heee
suri menulis…Cara Membuka Tetas Dan Menjahit Langsir Pintu Gelongsor
Menikmati buni tuhan.
Sambil melihat budaya orang luar.
Teringin hendak ke negara Matahari terbit ini.
akubiomed menulis…RM5000 menanti pemenang Milo Cans Next Games
Memang pun.
Duk tengok dalam TV je.
alang2 teringin, boleh la meraihkan contest 🙂
JBT Rafidi menulis…Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA
haishhh, memang teringin sangat nak ke jepun, tapi time salji memang tak lah…sebab saya tak tahan sejuk woooooo
siti hazreen menulis…Tips Pemilihan Ke Tingkatan 4
Lor ruginya kalau macam tue.
Tak boleh ski.
Hehe
Tak tahan sejuk boleh pergi musim lain 🙂
JBT Rafidi menulis…Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA
Banyak pilihan tuan guide tour kan?
Hihi
Jepun memang destinasi yang menarik cuma sering kesulitan nak cari tempat ibadah disana
blogger bumi lasinrang menulis…Peringatan untuk yang enggan melunasi hutang
owh.
Mungkin kena survey betul-betul sebelum pergi sana.
salah satu tempat yang menarik untuk ditujui. pasti x rugi. 🙂
ECi menulis…Top 5 Laptop To Buy In 20i5.
Memang pun.
Banyak yang boleh dibelajar kakalu ke Jepun