Ramai kalangan kita sebenarnya tidak mengenali herba-herba yang digunakan dalam masakan walaupun sebenarnya ada sahaja di dapur. Sedangkan herba di dapur pun tak kenal lagi kan pokok-pokok herba kan.
Bersesuaian sangat dengan pemilik blog Kongsibersamanora mengadakan pertandingan untuk sesiapa yang berminat tentang herba pilihan masing-masing. Langkah yang patut dipuji memandangkan boleh meningkatkan kesedaran yang sebenarnya herba boleh bantu meningkatkan taraf kesihatan badan kita.
Cuma kita sahaja yang tidak tahu.
Aku pun tidak terkecuali untuk menyertainya memandangkan hadiah yang ditawarkan juga lumayan. Selain itu dapat kenal-kenalan dengan blogger yang lain kan.
Herba pilihan adalah daun ketumbar.
Daun ketumbar boleh tertukar dengan daun sup memandangkan bentuk daun dan batangnya seakan sama. Sekilas di pandang memang sama. Tapi kalau berkilas-kilas pandang memang lain la kan. Hehehe.
Sebenarnya daun ketumbar termasuk dalam keluarga prarsley. Ia disebut coriander dalam bahasa omputihnya, orang cina panggil Chinese parsley, kalau orang india panggil dhania ataupun cilantro. Secara saintifiknya ia dikenali sebagai Coriandrum Sativum.
Kegunaan daun ketumbar
Biasanya daun ketumbar digunakan untuk mengharumkan ataupun menaikkan aroma masakan kita terutamanya untuk menu tomyam ataupun sup tidak kira sup ayam ke daging.
Ataupun banyak digunakan sebagai perhiasan untuk masakan harian kita. Jarang sangat kita tengok daun ketumbar dijadikan sayur ataupun sebagaim menu utama.
Cara tanam daun ketumbar
Memang mudah sangat tanam hanya dengan dengan menggunakan benih biji ketumbar yang di tabur pada tanah yang digembur. Tak kisah tanah dalam pasu ataupun kawasan tanah lapang. Hanya memerlukan pencahayaan yang cukup dan tidak memerlukan air yang banyak.
Khasiat daun ketumbar
Tetapi khasiat daun ketumbar sangat banyak sebenarnya. Antara khasiatnya adalah:
1. Mempunyai vitamin-vitamin asas keperluan badan kita iaitu asid folik, Vitamin A, beta carotene, niacin, riboflavin, dan vitamin C.
Kandungan vitamin C yang tinggi membantu untuk elak pengoksidaan berlaku dalam badan kita. Kajian menunjukkan 100gram daun ketumbar terdapat 30 peratus kandungan vitamin C yang diperlukan dalam badan.
Rasanya macam kena buat sup daun ketumbar je nie kan kalau macam nie. Hehe. 100 gram adalah kuantiti yang agak banyak kan.
2. Daun ketumbar mengandungi vitamin K yang sangat tinggi.
Mengapa badan kita perlukan Vitamin K?
Sebab vitamin K bantu untuk cegah osteoproriosis ataupun kerapuhan tulang badan kita. Vitamin K juga diperlukan untuk memastikan tahap kecairan darah pada keadaan normal. Untuk mencegah blot clotting.
3. Sangat bagus diamalkan oleh mereka yang ingin kurus badan.
Memandangkan daun ketumbar mengandungi serat yang sangat tinggi untuk menyahkan kolestrol yang jahat iaitu HDL.
Pastikan bagi mereka yang berdiet, daun ketumbar wajib diambil bersama untuk membantu untuk kurus.
4. Bagi mereka yang mengalami masalah penglihatan tidak kira rabun ataupun silau, boleh pertimbangkan daun ketumbar selain daripada karrot dan tomato.
Sebab daun ketumbar mengandungi VITAMIN A yang sangat tinggi. (Sumber)
Bayangkan setiap 100 gram mengandungi 6748 IU!
Tapi lebih elok diambil dalam keadaan segar (fresh) bukannya sudah dimasak. Boleh dapatkan khasiat yang optimum kan.
Agak-agak boleh makan ke sekaligus 100 gram?
5. Disebabkan daun ketumbar mengandungi serat yang tinggi, ia sangat bagus untuk proses penghadaman dan pencernaan badan kita.
Malah bagi mereka yang suka buat daun ketumbar sebagai jus dapat membantu untuk masalah sembelit dan bantu hati berfungsi dengan baik. Sebab hati bertindak untuk detok sistem dalam badan kita. Maka ia perlu sentiasa dipastikan untuk berfungsi dengan baik.
6. Kalau anda selalu pening sebab kekurangan darah merah, daun ketumbar boleh bantu anda secara alami untuk tanganinya.
Sebab dalam daun ketumbar mengandungi zat besi yang tinggi ditambah dengan kandungan vitamin C juga tinggi, menjadikan ia sesuai merawat anemia. Kerana untuk menyerapan zat besi yang baik memerlukan vitamin C untuk membantu.

Antara kelebihan daun ketumbar (Sumber)
Langkah berjaga makan daun ketumbar
Ada sesetengah kajian dilakukan daun ketumbar tidak sesuai diambil dalam kuantiti yang banyak bagi wanita mengandung.
Tetapi daun ketumbar membantu untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Apabila sesetengah ibu yang menyusukan badan yang menjadikan daun ketumbar sebagai diet penting dalam makanan.
Lebih baik rujuk kepada doktor masing-masing seandainya ingin jadikan daun ketumbar sebagai sayur utama dalam makanan.
Mungkin selepas ini, daun ketumbar boleh dijadikan sebagai menu utama dalam masakan kita. Cuma kita kena pandai olah resipi untuk nampak menarik dimakan bersama keluarga. Kalau nak sihat, nak kurus, nak mata terang benderang boleh jadikan amalan daun ketumbar sebagai ulam-ulaman.
Contest Petua dan Herba KongsibersamaNora
“Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER”
Antara artikel yang menarik dan berinformasi di blog kongsibersamanora adalah:
Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan olehKongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficialByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppeNadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz
daun ketumbar pun sedap jugak.
hoho..
titan menulis…DIAgnosis 2 Reviews
Sedap kan. Bau tue bangkit selera.
daun ketumbar memang banyak khasiatnya..
mrhanafi.com menulis…Cara Blogger Buat Promosi Offline
Sedap pulak kan.
biji ketumbar tu sedap kalau dimasukkan dalam singgang daging
blogger lelaki menulis…Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Tue la kan.
baru teringat masak singgang BL.
Hai azeni. Good luck untuk contest ni. Daun ketumbar masuk dalam sup syok tu dengan bawang goreng 🙂
diana menulis…Lirik Lagu Teman Lelaki Upahan
Thanks diana.
Sedap tue kalau dengan sup daging kan.
Semoga berjaya ya untuk kontes ini
Khairul Zamri menulis…Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Thank you bro.
wow, banyak manfaat nih rupanya yer
myrujukan menulis…Malaysia Best Blog 2015
Tue la.
kita sellau makan je kan walhal banyak khasiatnya.
Selalu tak kenal daun ketumbar dengan daun sup.. 😀
Yeen menulis…Tak suka 7 jenis kecederaan berlari jarak jauh
Hihihi.
Susah nak beza pun.
melainkan kena bau.
Owh.. lebih kurang pula dengan daun sup.. tahu bijinya jak.. daunnya xtahu pula.. huhu.. ni la kalo terer masak maggi jak ni.. haha
Aretikz menulis…The Chronicle Of Gunting Kuku
Masak manggi pun sedap kalau letak daun ketumbar.
Lagi umphhh bau nya.
suak letak atas hiasan baru sedap hijau dna selerakan mas anak makan nanti
suri menulis…Cara Mudah Potong Kaki Seluar Panjang Untuk Pendekkan
Sama la dengan kita suri.
Nak bagi nampak cantik padahal banyak khasiat kan kalau dimakan banyak2.
Salam Azeni,
Good luck ye untuk contest ni. Saya pun dah hantar penyertaan. Harap penganjur dapat terima .
Terima kasih atas info daun ketumbar. Banyak khasiatnya.
NFH menulis…Contest Petua Dan Herba KongsiBersamaNora
Thank you..
Good luck jugak pada NFH.
Sama-sam kita meriahkan contest nie.
Assalam. terima kasih diatas penyertaan contest petua dan herba kongsibersamanora. Banyak manfaat herba2 dan tumbuh2an yang kita dapat amalkan dan kongsikan pd semua
all d best and good luck sis
nurmisnan menulis…Pengumuman terbaru Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
Semoga artikel ini memenuhi kriteria cik nora yea.
Hihi.
banyak betul kelbihan daun ni. huhu
Banyak sangat muliani.
Kena jadikan amalan la.
Boleh buat ulam kan.
BARU TAHU BYK GILER KHASIATNYE, HOHO…~
AWET MUDA…JADIK ULAM.HEHE..~
DRI CONTEST YG SAME, MEHLAA SINGGAH BLOG PICISAN SAYA
http://nonasani.blogspot.com/2015/03/contest-petua-dan-herba.html
Haii nona..
Salam perkenalan.
Daun ketumbar ni sedap potong kecil-kecil dan gaulkan bersama salad. Tapi letak dlm kuantiti sikit je, kalau banyak rasa tak sedap pula.
Travelog Siti menulis…Elakkan luggage rosak – tip dari pengendali bag di airport
Memang pun siti.
Sekadar untuk tambah bau untuk naik rasa