• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Membaca Dalam Gajet ataupun Melalui Buku: Mana lebih Baik?

4 March 2015 By azeni 33 Comments

Kalau nak pandai ataupun bijak tentang sesuatu perkara memang kena membaca. Tak boleh tak membaca. Walaupun pandai melalui pengalaman pun kena membaca juga. Sangat sinonim perumpamaan dengan;

Membaca itu adalah jambatan ilmu…

Seiring dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi, membaca bukan setakat melalui buku sahaja. Tetapi melalui alam maya pun boleh membaca. Terlalu banyak aplikasi yang boleh digunakan untuk membaca buku secara softcopy.

Sebenarnya tak kisah genre buku asalkan ia bermanfaat. Buku vitamin ke motivasi ke novel ke keagamaan ke semua boleh. Ikut pada jiwa dan kecenderungan masing-masing.

Mana yang lebih baik?

Membaca melalui buku ataupun dalam gajet?

Membaca buku secara konvensional,

Membaca buku secara konvensional

Membaca Dengan Buku

1. Bagi mereka yang suka membaca dengan buku di tangan mungkin boleh dikatakan seorang yang konvensional. Aku termasuk dalam golongan yang ini. Hehe.

2. Bukan sahaja seorang yang bersifat konvensional tetapi mempunyai sentimental value. Kerana dengan membaca buku dan dapat buat koleksi buku walaupun dah penuh rak buku tetapi itu mendatang satu kepuasan pada dirinya.

Best kan dapat tengok susunan buku-buku di rak buku. Tenang jiwa dapat tengok.

3. Bila dah banyak membaca, kemungkinan besar bilik ataupun rumah akan menjadi seperti perpustakaan. Memang kena sediakan ruang khas untuk simpan buku. Kalau terlampau banyak, boleh simpan sahaja dalam kotak-kotak.

4. Mood membaca memang senang datang kalau buku ada di tangan. Ini untuk diri sendiri la. Kalau ralit memang boleh habis satu bab la. Nak-nak kalau buku tentang sejarah ataupun mengenai kesihatan.

Dan ia lebih senang kalau nak conteng ataupun nak highlight kan mengikut sesuka hati kita.

5. Kalau nak diusung ke hulu ke hilir buku memang melecehkan la. Nak-nak kalau buku tebal kan. Boleh putus handbag mak kan. Hahaha.

Tapi sekarang banyak buku dihasilkan dalam bentuk buku mini sebesar buku 555 kan. Lebih mudah. So buku yang tebal untuk dibaca di rumah sahaja kan.

membaca dengan menggunakan gajet, membaca secara alam maya

Membaca melalui gajet

Membaca buku melalui gajet

1. Ini memang menjimatkan ruang sebab tidak memerlukan untuk tempat untuk disimpan. Bagi kaki membaca, ruang menjadi isu yang agak besar melainkan habis baca memang simpan dalam kotak di dalam bilik stor.

Tapi boleh dijual balik kan buku walaupun tidak dapat separuh harga daripada harga asal buku tue. Sesetengah orang, ia menjadi sentimental value untuk disimpan.

Ini memang rumah akan jadi perpustakaan kan.

2. Seiring untuk menyahut seruan sayangi pokok kita dan alam sekitar. Dapat membantu pokok-pokok daripada ditebang untuk dijadikan kertas. Sekurang-kurangnya membantu dalam usaha yang kecil ke arah itu.

3. Antara aplikasi yang boleh digunakan adalah Google Play. Cuma install kan kemudian boleh pilih buku-buku secara online yang dijual. Boleh diinstall di hand phone ataupun tablet dan iPad ataupun mana-mana gajet.

Membaca buku dengan Google Play

Membaca Atas Talian Dengan Aplikasi Google Play

Memang memudahkan dan semua transaksi adalah atas talian. Senang.

4. Boleh membaca tidak mengira masa, tempat dan ketika. Asal mood membaca datang, terus buka gajet masing-masing untuk membaca. Tak kisah la samada tengah baring ke, menyusu anak ke, dalam gelap ke, dalam kereta ke semua boleh.

Ini sangat berbahaya sebab kalau berbaring memang gajet telangkup kat muka jadinya kan. Sebab dalam posisi yang sangat mudah untuk tidur. Itu yang sampai bab 1 pun tak habis-habis. Hehehe.

5. Kalau membaca melalui alam maya memang kena displin yang kuat. Sebab kadang-kadang ada sahaja notification yang masuk menunjukkan message email la, Facebook la, whatapps la, dan bermacam lagi. So kemungkinan untuk baca sekerat-sekerat tue memang tinggi la.

So kena disiplinkan nak habiskan dalam satu chapter ke ataupun dalam 2-3muka surat. Itu lebih baik.

 

Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.

Pendek kata semua daripada minat dan kesungguhan diri sendiri. Tak kira samada dengan buku ataupun membaca di alam maya kan. Asalkan membaca dan boleh menambah ilmu pengetahuan.

Dan ilmu pengetahuan boleh dikongsikan dengan orang ramai contohnya melalui blog kan. Sedikit sebanyak boleh memberi manfaat kepada oaring lain.

Anda bagaimana?

Mana Best: Memandu Balik ke Kampung Waktu Siang ataupun Malam?
BerPaintBall di Tanamera, Sungai Buloh

Filed Under: Santai Tagged With: bagimana menggunakan Google Play, Kebaikan membaca melalui gajet, keburukan membaca buku, keburukan membaca dengan alam maya, Koleksi buku seperti di perpustakaan, Membaca secara alam maya ataupun dengan buku

Comments

  1. blogger lelaki says

    4 March 2015 at 10:20 pm

    entahlah kalau buku tu feel dia rasa lain..melalui gadget ni aku rasa lebih kepada untuk bahan bacaan ringan seperti blog dan informasi yang ditulis pendek
    blogger lelaki menulis…Malaysia Top 10 Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      5 March 2015 at 4:41 pm

      Betul tue.
      Daya tumpuan pun senang hilang kan kalau mengadap gajet lama2.

      Reply
  2. titan says

    4 March 2015 at 11:28 pm

    kalau membaca, lebih suka pegang buku betul.

    kalau terpaksa aje guna pad atau laptop ke apa.
    titan menulis…Contest Petua dan Herba KongsibersamanoraMy Profile

    Reply
    • azeni says

      5 March 2015 at 4:42 pm

      Feel lebih syok pegang buku kan.

      Reply
      • titan says

        7 March 2015 at 5:48 am

        ya.

        lebih penuh kasih sayang.
        titan menulis…Sinari Hidupku dengan kehangatanmu.My Profile

        Reply
  3. Hero Borneo says

    5 March 2015 at 4:38 am

    buku real lebih seronok dibaca…buku alam maya tak dapat diconteng..
    Hero Borneo menulis…Blog Terbaik Wanita WordPress 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      5 March 2015 at 4:43 pm

      Tue la.
      Siap takleh tanda lagi kan m/s mana yang dah baca.

      Reply
  4. emalinmohd says

    5 March 2015 at 5:06 am

    Tak cuba lagi guna kindle. Sebab katanya kindle tu ala-ala buku tradisional tapi jenis gadget.

    Tapi saya suka baca buku tradisional. Nak pegang kertas tu..
    emalinmohd menulis…TESTIMONI VIDEO PRODUK SHAKLEEMy Profile

    Reply
    • azeni says

      5 March 2015 at 4:43 pm

      Emalin yang paling best saya suka bau kertas dari buku tue.

      Reply
  5. suri says

    5 March 2015 at 12:15 pm

    kalau ada modal suka beli terus.tapi untuk rujukan sampigan bukan untuk jangka masa lama saya selesa online dari laptop.kala gunakan telegon pintar selalu nak cari idea saat akhir sahaja macam nak cari resepi ker…idea kraf ke heee..

    Reply
    • azeni says

      5 March 2015 at 4:44 pm

      Suri, awk nie memang jenis khusyuk kot.
      Tak mudah hilang tumpuan.
      Sebab suka mgadap lama2 gajet kan

      Reply
  6. Helmi Aliarit says

    5 March 2015 at 3:04 pm

    Dua-dua ada pro dan kontra. Yang penting kita memang kena membaca. 🙂
    Helmi Aliarit menulis…Peminat Filem Back To The Future? Anda Pasti Teruja Dengan #5 Fakta Ini!My Profile

    Reply
    • azeni says

      5 March 2015 at 4:45 pm

      Hihihi betul tue helmi.
      Apa2 pun medium kena banyak baca.

      Reply
  7. ikhwan says

    6 March 2015 at 1:44 am

    baca buku fizikal lagi fokus daripada baca di tablet atau telefon.
    ikhwan menulis…Cara Menempah DVD BBMA Basic Live TradeMy Profile

    Reply
    • azeni says

      8 March 2015 at 12:16 am

      Betul tue.
      Lebih fokus dan lebih senang.

      Reply
  8. imam fahrudin says

    6 March 2015 at 7:17 am

    kalau baca dengan gadget tak bisa lama-lama soalnya mata cepat perih terkena cahayanya, kalau dengan buku lebih bisa lama. tapi gadget juga punya keuntungan sendiri, lebih praktis. 🙂
    imam fahrudin menulis…30 Manfaat madu untuk kecantikan dan pengobatanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      8 March 2015 at 12:16 am

      Gajet boleh adjust tahap kecerahannya.
      Pendek kata semua boleh medium janji membaca kan.

      Reply
  9. Sejarah Bangsaku says

    6 March 2015 at 9:34 am

    jujur sejak kenal dengan blog jarang sekali nak buka buku rasanya bila ingin tahu sesuaut pasti browsing lewat google
    Sejarah Bangsaku menulis…Melakukan Bukan Membayangkan PenyelesaianMy Profile

    Reply
    • azeni says

      8 March 2015 at 12:17 am

      Memang senang pun.
      Semua dihujung jari sahaja.

      Reply
  10. Suriya says

    6 March 2015 at 3:39 pm

    pernah cuba baca buku dalam gajet, tapi kurang feel. lagi best baca buku fizikal. tapi kalau nak sahut seruan environmental friendly memang sesuai membaca guna gajet.
    Suriya menulis…Anemia Ketika Hamil Sampai Masuk Hospital, Apa Nak Buat?My Profile

    Reply
    • azeni says

      8 March 2015 at 12:18 am

      Hihihi.
      Betul tue.
      Kena sahut jugak sahutan untuk alam sekitar kita.

      Reply
  11. bisnesmen says

    6 March 2015 at 4:53 pm

    Saya pembaca buku tegar. Baca buku fizikal dan juga menggunakan Kindle.

    Advantage kindle ialah boleh highlight point penting dan apa yang kita highlight itu akan dicompile dalam satu file khas. Senang nak rujuk semula.

    Selain tu, boleh je nak search keyword dalam buku tu.. buku fizikal tak boleh kan?

    Paling bes ialah senang nak pegang sambil berdiri semasa naik public transport :))

    Reply
    • azeni says

      8 March 2015 at 6:14 am

      Menarik.
      Boleh try guna kindle pula la.

      Reply
  12. myrujukan says

    6 March 2015 at 8:16 pm

    saya x suka baca guna gadget, x tau kenapa, kalau baca pun sikit jer
    myrujukan menulis…Pembekal Cadar Patchwork Cotton Terbaik MalaysiaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      8 March 2015 at 6:15 am

      Cepat bosan kot.
      Kadang2 takda benda yang penting nak dicari.
      Tapi ada benda penting nak dibaca, memang boleh ralit lama.

      Reply
  13. Nik Thoha says

    7 March 2015 at 7:00 pm

    Mengikut pengalaman memang lebih selesa membaca guna buku terutamanya bila baca buku yang panjang. Zaman sekarang ada ebook tapi ebook saya tak boleh nak baca lama2 depan pc atau tablet sebab penat mata bila lama mengadap skrin. Mungkin generasi akan datang akan menjadi budaya mereka baca ebook guna tablet.
    Nik Thoha menulis…Dapatkan Tidur Yang CukupMy Profile

    Reply
    • azeni says

      8 March 2015 at 6:16 am

      Walaupun kita gen-Y tetapi masih konvensional.
      Mungkin juga generasi ke depan kot.

      Reply
  14. SaniYunus says

    8 March 2015 at 1:12 am

    Saya baca dua-dua tengok tempat dan keadaan. Kalau kat rumah suka baca buku fizikal kalau kat luar leceh nak bawa-bawa baca kat smartphone atau tablet…
    SaniYunus menulis…Review Webinar Buat Duit Online Melalui InternetMy Profile

    Reply
    • azeni says

      8 March 2015 at 6:17 am

      Tue la ada pro dan cons nya.
      Takpe ikut keselesaaan masing2.
      Saya pun macam tue juga.

      Reply
  15. reezluv says

    11 March 2015 at 3:26 pm

    memang syok lagi guna buku fizikal.feelnya lain.tambah plak kalau baca novel..mau cepat je pakai spek kalau duk hari-hari ngadap tab tu..fuh
    reezluv menulis…Petua Dan Herba KongsibersamanoraMy Profile

    Reply
    • azeni says

      12 March 2015 at 6:08 pm

      Hihi.
      Kan mata cepat rosak pulak bila terlalu mengadap gajet.

      Reply
  16. Datin Tyka says

    12 March 2015 at 8:27 am

    dua dua tak. sebab tak suka membaca.. hahahaha
    Datin Tyka menulis…Hilang Dari RadarMy Profile

    Reply
    • azeni says

      12 March 2015 at 6:10 pm

      Ishhh DT nie.
      Kena rajin2 la sikit.
      Huhu

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network