Seperti yang kita sedia maklum yang pesakit gout memang banyak pantang larang makanan malah perlu amalkan cara hidup sihat. Untuk pastikan sejarah gout tidak berulang.
Nampak seperti klise tapi memang itu cara yang betul untuk pastikan kesihatan pada tahap yang terbaik.
Gout berpunca daripada lebihan asid urik dalam badan kita yang membentuk kristal di bahagian sendi-sendi badan kita.
Makin lama kelamaan sendi akan semakin terhakis. Bila asid urik tinggi dalam badan, organ perkumuhan kita iaitu buah pinggang dan usus akan terbeban.
Dan gout akan menyerang.
Boleh tengok secara terperinci di bawah ini secara ringkasnya bagaimana daripada asid urik tinggi menyebabkan gout menyerang.
Selain itu boleh baca disini tentang:
Untuk pengetahuan, pantang larang gout ini dikongsikan dalam seminar yang saya hadiri bersama oleh Dr Anya Tay (ahli SAHAMM).
Pantang Larang Pesakit Gout Wajib Diamalkan
Makanan tinggi purine memang perlu dielakkan. Kerana purine akan dihadam/dicernakan menghasilkan asid urik di hati.
Asid urik sangat penting dalam badan kita kerana berfungsi untuk meneutralkan radikal bebas dalam darah kita.
Cuma bila berlebihan, ia mendatangkan penyakit yang kita panggil sebagai GOUT.
Makanan tinggi purine yang perlu dielakkan adalah:
- Ikan Bilis
- Ikan Kembung
- Daging Merah
- Organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan limpa
- Ikan sardine segar
- Ikan tenggiri
- Ketam
- Kekacang yang dikeringkan
Makanan sederhana purine (boleh dimakan jika terpaksa)
Kadang-kadang pesakit gout terpaksa makan juga makanan yang ada purine disebabkan oleh pergi kenduri ataupun ataupun hadiri majlis mana-mana.
Takkan kita terpaksa berlapar kan. Cuma kuantitinya perlu dikurangkan untuk elakkan serangan gout.
- Ayam (lebih baiknya tanpa kulit)
- Kambing
- Bunga kobis
- Aspagarus
- Brokoli
- Cili hijau
- Daun bayam
Jus Minuman Bagus untuk Gout iaitu;
- Epal hijau ataupun merah
- Peria
- Timun
- Celery
- Capsium
- Lemon
Biasanya kerap dengar gabungan jus Timun + Celery + Lemon diambil setiap hari. Bertujuan untuk alkalikan dalaman badan dan mencairkan asid urik di bahagian sendi.
Ubat-Ubat Gout
Rawatan konvensional biasanya doktor akan bagi ubat gout. Antara ubat gout adalah:
Allopurinol (Zyloprim)
Ubat ini untuk halang pembentukan asid urik. Jika ada masalah buah pinggang, pengambilan ubat ini perlu dipantau.
Colchicine
Ubat ini bertujuan untuk mengurangkan serangan akut gout. Pengambilan ubat ini berlebihan boleh menyebabkan kesan seperti meloya ataupun muntah.
Ubat NSAIDs (nonsteroidal anti inflammatory drugs) seperti ibuprofren (Advil) dan naproxen (Aleve).
Selain ubat-ubat yang diberikan oleh pihak doktor, cara hidup sihat sangat penting untuk memastikan serangan gout tidak berulang. Antara kerap lakukan detox badan iaitu untuk cuci organ badan dan kurangkan berat badan.
Apa beza ubat gout dan suplemen gout?
Memang berbeza.
Ubat yang diberikan oleh doktor untuk pesakit gout adalah lebih kepada untuk mengelakkan keadaan lebih teruk.
Manakalan suplemen (vitamin) bantu untuk cairkan asid urik (kristal terbentuk) pada sendi-sendi. Dan bantu untuk pesakit gout dapatkan nutrisi lengkap disebabkan kekurangan daripada makanan harian.
Pengambilan suplemen ataupun makanan tambahan sangat membantu untuk pesakit gout. Saya kongsikan disini secara video untuk membantu.
Saya terangkan secara ringkas peranan setiap vitamin untuk sakit gout:
1.Vivix
Bantu untuk elakkan pembentukan asid urik dalam darah.
Dalam vivix ada kandungan resveratrol iaitu bantu membaiki dan menghalang kerosakan sel.
2.Alfalfa Complex
Untuk alkalikan badan pesakit gout yang berasid. Bila asid dineutralkan, kristal akan cair dan akan dibuang melalui perkumuhan.
3.Bcompleks
Ada kandungan B12 untuk memastikan tindakbalas kimia dalam badan kita dalam keadaan baik.
4.Vitamin C
Bantu kurangkan pemangkin enzim untuk tindakbalas pembentukan asid urik.
5.Omega Guard
Ada kandungan asid lemak Omega 3 yang sangat bagus sel yang bengkak (inflamasi).
6.Ostematrix
Ada kandungan kalsium dan magnesium di mana untuk menguatkan tulang dan mengelakkan daripada terhakis.
7.Performance Drink
Dalam bentuk serbuk untuk dibancuh.
Mengandungi elektrolit yang bantu cukupkan cecair dalam badan.
Sebenarnya kebanyakan pesakit gout adalah dewasa ataupun sudah menginjak ke usia emas memandangkan faktor utama adalah pemakanan itu sendiri.
Anggapan bila ada gout memang akan selamanya bergantung pada ubat. Sama kes jika ada kencing manis ataupun darah tinggi.
Tetapi setiap penyakit ada pengubatnya. Kita perlukan tukar cara makan lebih berkhasiat dan buat senaman untuk bantu kita sihat. Memang itulah kunci kesihatan kita.
Badan kita sekadar pinjaman sahaja. Barang pinjaman mesti ‘dipulangkan’ nanti dalam keadaan sihat kan. Tukar cara hidup yang lebih baik ya.
Untuk pertanyaan tentang gout ataupun vitamin gout beserta konsultasi, boleh terus hubungi saya ye.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: azeniahmad dot com
COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
pehh..
siap ada video lagi gitu.
titan menulis…JIMAT duit dengan Shopback Cashback
Hihihi.
Bagi confident sikit
Klu makan splemen nie boleh ke kandungan urid asid dlm darah berkurangàn
Encik Johari,
Ya pengambilan suplemen ini secara konsisten boleh menurunkan aid urik di parasa normal encik.
Tapi jangan stop ubat hospital encik.
Terima kasih.